RSS

Orang tanya pam aku berapa ringgit.. aku listkan harga pam sekalian.

12 May

Kepada pengepam-pengepam susu badan sekalian memanglah tau harga Medela Freestyle. Mungkin majoriti pengepam inginkan pam ini sbb aku juga salah seorang daripadanya masa aku belum beli FS. Padahal masa tu dah ada PISA shoulder bag. Betapa tak bersyukurnya aku masa tu nak upgrade pam sbb nak jadi cool?? Hahaha.. jadi cool tu faktor yg tak logik, sbb aku bukannya gantung pam kat leher nak menunjuk2 kat org sambil minum2 kopi di kedai kopi mahal. Malah FS itu aku pakai sambil sorok2 dibalik langsir. Jadi apa guna beli pam mahal?

Sebab lokasi pengepaman aku adalah jauh dari opis. Adalah jaraknya 200 meter jika bergerak dalam satu garis lurus. Secara fizikal bangunan itu mmg lurus jika dilihat dari luar, tapi kalau cuba melihat dibalik dinding, tidak ada jalan lurus. aku harus menempuh warehouse, kawasan production dan juga beberapa kawasan lain. maka jika guna PISA, aku bagaikan ingin lari dari opis kerana kawan aku sendiri pnah bilang, “ini baru betul bini fotografer”.. 7 kilo agaknya berat tu.

Maka, aku bilang sama Encik, “saya mahu freestyle utk baby no 2″.. dia angguk dgn reluctant.. padahal aku bayar sendiri. haha.. aku confirm pregnant je, aku sambar FS di ebay. harganya, RM1000 termasuk pos ke rumah. Belian dari ebay (US site) tidak datang bersama warranty. Jadi itu risiko yg aku harus ambil, jika bersama warranty, beli di Mom’s Choice (Tebrau City), harganya RM2500 (kalau tak salah). Pilihan terpulanglah. Tanya poket dan juga risiko yg sanggup ditanggung.

Disebabkan Medela mempunyai reputasi yg sangat baik, aku aambil risiko itu dan alhamdulillah FS telah berkhidmat dgn kencang sekali. Kuantiti susu adalah bergantung pada tahap kerajinan dan juga determination yg tinggi. Aku sangat determine utk menyusukan anak, maka aku telah berjaya menghalau ayam dan ikan dari peti sejuk. sambil senget2 masukkan stok dlm freezer. hari2 kira stok.. excited punya pasal.

Once dah start busy di opis, mulalah jadual mengepam went into the drain, and ruined my productivity. Sekarang stok sudah tarak, hari2 hantar ke babysitter mana dapat saje. Tapi sekurang-kurangnya, aku masih hendak menyusukan anak sepenuhnya bila bersama (ayat tenangkan hati). Sekarang sangat best bila Aidan nak susu datang merangkak dan suara seperti merayu. Ohh hati ini pasti cair..

Tapi, kalau ada FS.. mana boleh malas! In fact I’m pumping while typing this! ahah!! Sweet~

Kalau pening nak beli pam apa, rujuk enjoybreastfeeding ni. Ini untuk rujukan (sendiri) harga-harga pam dipasaran:
Ameda Lactaline Dual Breastpump      RM888
Mamivac – Easy Manual Pump               RM199
Mamivac – Lactive Dual Breastpump  RM1999

Medela – Freestyle Breastpump            RM2999
Medela – Swing Breastpump                    RM799
Mini Electric                                                 RM469
Mini Electric Plus Double Pump          RM729
Pump in Style Advanced Breastpump  RM1788 (duluuuu harga dia lagi mahal sblm FS ada)
The Harmony Manual Breastpump    RM269

Tp tgh ada promo.. Medela murah niiii!! Tgk SINI dan SINI

Utk penggemar teknik Marmet :          Medela – Hand Expression Funnel

Philips Avent : ISIS Breast Pump- BPA FREE                                   RM230
Philips Avent: Isis Out & About Breast Pump Set – BPA FREE   RM490
Philips Avent: ISIS IQ UNO Breast Pump – BPA Free                    RM899
Philips Avent: ISIS IQ DUO Breastpump – BPA FREE                    RM2200

Spectra 3 – usually comes in package with bottles and bag          RM500-600

Pilihan adalah bergantung pada poket dan keperluan. Pilihan pam yg baik adalah utk bg keselesaan dan kemudahan mengepam. Yg aku listkan adalah antara yg terbaik.Lagi satu kena rajin compare dan survey harga. Kalau jusco sale, beli la avent kat situ. Certain jusco pun ada Medela gak.

Mmg pam bukan penentu kuantiti susu, tp utk support menyusuan yg berkesan, invest la sikit. Sbb pam-pam ni specifically made for mother’s comfort. Bukan pam mcm hon aiskrim tu. Huh!! SEKSA!! Mmg tak terpikir nak breastfeed-lah kalau pakai tu. Taubat!! sakit nak tercabut puting. hahahhaha

 
6 Comments

Posted by on May 12, 2010 in breastfeeding, simply random

 

6 responses to “Orang tanya pam aku berapa ringgit.. aku listkan harga pam sekalian.

  1. nik

    May 12, 2010 at 1:24 pm

    aku terasa bila ko buat entry ni hehehe…
    thanks tuty!

     
    • t.u-ty

      May 12, 2010 at 1:34 pm

      eh tak la nik.. ada org lain tanya without buat homework lgsg. and aku tau dia punya budget tak sampai la nak beli FS.. TAPI nakkk jugak mcm aku. dah aku bgtau harga, terus diam. hmm takde niat nak riak pun.. abis tu aku tak nak ckp, tanya gak. aku btau la

       
  2. nannoor

    May 12, 2010 at 2:16 pm

    aku mmg nak beli FS utk 2nd baby. dah survey kt ebay-us. tp itulah….kebanyakkan nye seller yg buat bid tak courier international..so how ? kau dulu cemana ek? then somemore, takde warranty tu yg aku takut sikit tuu
    msia kat lilkaistore. boleh dpt rm1699. siap boleh buat installment 6x bayar.
    aku cam berkira2 nak beli dari lilkaistore sbbnya dia bagi house warranty for parts 1 year and motor 3months.

    mahal banyak la harga if compare dgn ebay tp ada warranty sume…mcm lebih terjamin (kot?)

    eh satu lg nak tanya, kau kena kastam tax x masa tu?
    bagi aku tips wei cemana nak beli dr ebay tu…aku tak penah beli apa2 pun. seriyes. huhu

     
    • t.u-ty

      May 12, 2010 at 2:55 pm

      nannoor, masa aku beli dulu, byk je yg ship worldwide. skrg dah tak check pulak. lagipun masa tu byk gak yg “buy now” or “best offer”.. tu la yg aku beli tu 1k..

      tak kena tax. rezeki aku kut. ikut nasib la kastam yg check tu. kau pesan kat seller nnt description barang tu tulis, ‘baby gift’.. tu la agaknya aku tak kena tax. not sure.

      tips? jgn bid lebih dari kemampuan. hahaha lagi satu make sure seller post gambar yg dia amik, bukan gambar dari medela punya site. so kalau barang tak sama, or ada defect.. kau boleh claim kat ebay, paypal ada guarantee utk brg yg tak di-describe dgn sebaik2nya. tanya banyak2 kat seller sampai kau puas hati. kalau tak cukup gambar, mintak dia amik gambar kiri kanan atas kotak etc.. kalau brand new item ok la.. kalau 2nd hand, mmg wajib amik gambar keliling.. (aku pnah kena tipu okkkkkkkkkkkkkk tp bukan breastpump la)

      kalau takut.. baik beli dari sumber yg lebih kau yakin. hati senang dan boleh goyang2 kaki (sambil bayar pam). haha

       
  3. shikin

    May 27, 2010 at 12:03 pm

    hai tuty.tq for the recommendation.it works!tapi shikin tengah usaha lebih tuk banyakkan stok.lambat wat stok ni…

     
    • t.u-ty

      May 27, 2010 at 8:08 pm

      hi shikin.. what did i recommend? haha byk sgt rekemen-nye :P.. so shikin beli yg mana dah?

      its ok buat stok slow2. dah nama pun fully BF, mana boleh dpt sekelip mata. i’m so glad i could help. heeeehhe

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 140 other followers

%d bloggers like this: