RSS

107712583025045038

19 Feb

::ntah apa yg bergendang::

pagi2 lagi, celik mata utk solat subuh, perut aku dah buat ragam. bukan selalu dia buat mcm ni, kadang2 je.. bila ada konsert utk mereka bergendang, atau mungkin ada demonstrasi membantah makanan yang aku telan semalam. walaubagaimana sakit pun, aku gagahi jugak pergi kelas data computer communication tu. sah2 terbuang mcm tu sahaja, sbb sepanjang dua jam aku merungut.. “huhu.. aku nak balik.. sakit perut”. nak duduk pun tak selesa. ntah la. spjg hari ni perut aku tak elok2 pun. bagus pun camni, kurang mkn. tak selera. hahahha kalau camni 5 hari, aku boleh pengsan menonggeng dlm bilik pasal sakit perut.

esok nak bayar yuran latihan industri. yes yes, yuran dikurangkan kepada 110.. asalnya aku kena bayar 380. banyak tak? aku cuma bayar utk yuran perkhidmatan sahaja dgn alasan aku pelajar tahun akhir, final semester. ok ok aku tau yuran byk2 yg kena bayar selama ni mmg utk kebajikan semua org. TAPI, 876 yg aku bayar tiap2 sem tu, aku tak guna pengangkutan universiti, aku tak berapa guna itu ini. malah tanya la semua org, berapa peratus sgtlah org yg gunakan perkhidmatan bas tu setiap pagi nak ke kelas. aku tak nafikan mmg ada. tp.. aku paham aku paham.. tapi kenapa pembayaran yuran bukan bergantung kepada jumlah kredit yg diambil? mahal la! each sem sah2 kena baya 876 unless bwk kredit less than 5 (or 6), baru boleh kurangkan yuran pengajian sebanyak separuh, TUITION fees sahaja ok. yuran komputer, khairat, kebajikan, pengangkutan.. semua masih kena bayar. last2 kena bayar 500+ jugak. mahal mahal. cukup la kalau sepanjang 4 thn bayar full, then bila extend bayar ikut credit hrs. aku tak tahu mcm mana diorg kira. aku mmg tak puas hati. suara aku ni kecil sgt nak didendangkan ke atas.

aku perlu belajar.. subjek ini kalau tak belajar, aku mmg blank. bab yg hendak diuji ni, memerlukan pemikiran yg kritikal, pengolahan litar dan juga pembentukan persamaan2 yg pelbagai rupa. aku exgerate!

mari belajar? mari kita grad. aku tak kuasa dah.

 
Leave a comment

Posted by on February 19, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: