RSS

108307710142541902

27 Apr

+persoalan hari ini+

hari ni aku dah pandai, pandai mengular. hahaha aku gi ikut budak2 civil gi fakulti diorg. diorg nak juumpa lecturer, aku yg takde keje ni pun ikut le skali. ala diorg tak jadi jumpa lecturer pun, maka aku duduk la kat bilik sumber diorg. hmm bilik sumber diorg tak cam bilik sumber kita, diorg siap ada laporan untuk latihan industri tu!! kita ada psm je. tu pun tak besar. hehehehe maka, lama la lagi fke nak dpt ISO tu. bilik sumber kita tak tersusun mana pun…

aku ternampak budak2 PLKN baru kluar kelas, dr jauh nampak ok sorang2 kluar lecture room, skali bila dah ramai2 kluar, dgn shirt terkeluar sana sini, berjalan cam gangster, cepat2 aku blah, rasa seriau plak tetiba kitorg je org awam kat situ. rasa cam askar yg kluar ramai2, tp askar baju biru.

perjalanan dari utm untuk balik ofis tak jauh sgt, jalan kosong, boleh la nak samapi dlm kurang dari 20 minit. tapi.. perjalanan kami pada hari ini mengambil masa yg lama kerana kami berhenti rehat di jaya jusco, mkn di mcdonalds, singgah ke rumah anim utk mengambil laptop, sekali lagi.. mkn tenghari di rumah anim!! haha mekasih anim, sedap betul ikan parang asam pedas mak ko tu. nanti ko buat mee rebus aku dtg lagi! hahahha mee rebus kau sedap even mak ko kata ada yg kurang. wheehehee *bodek bodek*

buat keje ofis (bilanya buat? setup network ada la!) sampai kul 3ptg, pastu kitorg gi turun cabin. beli pisang goreng dgn milo ais, kunci pintu bilik, ON laptop, pasang cd ‘trauma’. hahahhahaha

persoalannya:
apakah yg harus ku tulis untuk daily report hari ini?

cite trauma tu tak abis tgk lagi sbb kitorg kena adjust cd anim ada problem. esok kul 8 terpaksa aku cancel sarapan sbb nak sambung tgk cite tu. ohh semangat betul aku tgk. aku setuju kalau org kata trauma terkluar dari kepompong filem melayu. mula2 aku ingat trauma mcm cerita melayu yg biasa, kurang berbaloi kalau nak ditonton di panggung wayang. telahan aku tu salah. mungkin kalau aku tahuu cerita tu begitu, aku akan pergi menonton dipanggung wayang, JIKA aku ada duit. heheh aku pasti sekali bukan jejaka itu yg akan temani aku.. kerna dia tak suka tonton filem melayu di pawagam kecuali filem senario. isk isk..

hari ni ayah aku amik cuti sbb adik aku yg bongsu dicutikan sekolah sebab ada aktiviti kat sekolah dia. hari ni ayah aku masak sambal tempe, kegemarannya. tapi dia masak tak berapa best mcm mama masak, tp masih sedap. aku rasa ayah letak bawang putih banyak gile. aku asyik ‘berangin’ je ni. huhu hilang udara aku!! ahahha bagus gak, hilang pening kepala aku yg dah 2-3 hari ni. bila laaa mama nak balik dr genting ni! rumah aku kucar kacir!! balik rumah boring je. mmg la ada adik2. tp biasa la. semua mende nak cite dgn mak kan?

oii cik bunga~.. tidur le~ karang esok tak mandi lagi~!!!

 
Leave a comment

Posted by on April 27, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: