RSS

bila perut berbunyi.. ada angin rupanya

06 Sep

aku baru berhenti dari duduk depan komputer aku dalam bilik. komputer itu, komputer zaman penjajah.. komputer belum merdeka. cuma ada 16-bit colour, kerana pamacunya tidak serasi. aku abaikan, sbb aku tak perlu warna-warna menarik pada komputer itu, kalau tidak, aku akan nonton wayang saja. skrg bila nak tatap gambar pun, org yg lawa atau hodoh nampak sama sahaja. jadi tak de la rasa kecil bila muka nampak bintang besar di pipi atau kompleksi muka rakan lebih anngun dari muka aku. hahhaha aku cuma guna komputer itu untuk tujuan simulasi projek sarjana muda yang aku semakin hari membuat rambut aku semakin sedikit. asal pegang sahaja rambut, pasti akan ada yang gugur. sekarang aku tak marah2 lagi kalau bilik aku byk rambut gugur, sbb kalau aku marah, maksudnya akulah yang patut kena marah.

tanda stress lagi satu, gastrik muncul semula. hah ni aku tak tahu nak handle mcm mana. tak kan aku nak buat rilek je. padahal aku ada lagi puasa yg perlu diganti, psm pun kena langsaikan. aduhai skrg sudah rejab, syaaban muncul kurang dari 2 minggu lagi. tolak hari yg mengharamkan puasa, nanti ramadhan pula muncul. weih laa.. emak tersayang sudah bertanya, “bila free? baju adik belum jahit lagi..”.. aku cuma jawab, “nanti la ma, belum free lagi”.

bila hati tak tenang, pemikiran aku byk menjurus ke arah negatif sahaja. bila org tak tegur aku, aku fikir org tu sombong, walhal mungkin dia tengah fikir tentang masalah keluarganya. bila aku ditegur, aku kata dia penyibuk. ahhh susah betul nak buang tanggapan tak sihat ni. ye aku tgh jahat. ada kawan kata aku ni terlalu byk bermain dgn perasaan sendiri. aku hendak menidakkan kata2 bernas dia. tapi bila nak tidur mula aku muhasabah diri, mmg betul pun. sejak akhir2 ni byk sgt yg aku fikir dalam satu masa, tak ada satu pun yang selesai lagi, fikiran dgn perasaan jadi kecamuk.

aku cuma jadi tenang bila ada teman bermain dan bergurau.
teman bergurau aku skrg cuma ada 3; mama, dia dan adik2.
kalau dulu aku ada lagi satu; teman rapat.

seronok pulak aku tgk adik aku belajar nak pmr sambil terlentang atas katil sambil tunggu masa nak tidur. aku kalau dah atas katil tu, kalau boleh aku terlentang sama2 dgn kertas2 yg aku nak baca, maka kertas2 aku tu jadi cadar semata2.

kalau ada shatul skrg, aku rasa boleh lawan perut sapa bunyi lagi kuat. *PEACE*

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: