RSS

mungkin mereka lupa.

30 Sep

Selamat pagi

hmm selamat pagi

kau seorang?

Sebentar lagi, mungkin berdua.

Aku senyum menyambut kedatangannya. Kami saling bertukar senyuman.
Dia duduk, aku mulakan bicara..

Kau sihat?

Selagi boleh berdiri, ku kira aku masih sihat.
Maaf aku tak dapat menjemputmu ke majlis ku.
Ada sesuatu yang terpaksa ditangguhkan..

Ada apa-apa yg perlu aku bantu?

Tidak, biarlah aku seorang menanggung. Kau sudah banyak mendorong.
Aku pasti satu hari, masanya akan tiba. Mungkin terlewat.

Dia senyum lagi. Menyambung bicara.

Destinasi kita mungkin sama, teman. Tapi aku pilih jalan yg lain. Jalanku ini panjang.

Tidak salah, rakan. Aku pasti tunggu dipersimpangan jalan yg menemukan kita.

Dia tunduk, bungkam. Kaget dengan keputusan tiba-tiba ini. Aku lihat dia berkerut-kerut, fikiran yang bercelaru jelas diwajahnya walau digagahi dengan senyuman.

Dihujung matanya berkaca. Mata kami bertemu semula.

Aku simpati dengan perihalmu.

Usah simpati. Ini pilihanku. Aku tidak mengharap apa-apa. Cuma mungkin doamu yang akan mendorongku. Kita pasti bertemu di persimpangan itu.

Tutur katanya teratur, satu-persatu diucap dengan tenang. Dia gagah menerima kegagalan ini. Aku teringat cebisan kata seorang teman lain.

Aku bersyukur dengan kegagalan aku ini. Aku menjadi seorang yang kuat. Lebih banyak warna-warna menarik yang mewarnai hidup aku selepas kegagalan lalu.

Aku pelajari sesuatu yang baru, dari mereka.
Terima kasih teman.

__

shatul!
tolong rahsiakan perkara yang telah dibincangkan pagi tadi. mood menulis diatas telah mendorongku untuk bercakap begini denganmu.🙂 terima kasih atas panggilan mu pagi tadi. jika bukan panggilanmu, mungkin aku masih melingkar kesejukan disebalik selimut. aku sayang kau!🙂

 
Leave a comment

Posted by on September 30, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: