RSS

a 23 helpless girl- kisah benar! hahah

20 Oct

semalam mulanya aku bercadang utk keluar rumah awal. tetapi semuanya tertangguh sebab aku perlu tunggu adik selamat ke sekolah memandangkan cuaca buruk petang semalam. kalau hari biasa aku kira adik sudah tentu tidak mahu ke sekolah, tetapi minggu peperiksaan sudah pun bermula. biasa la kanak-kanak, asal hujan ada sahaja alasan tidak mahu ke sekolah atau pun hendak ke sekolah sbb nak pakai payung

pukul 3.30 aku baru nak tunai solat zuhur. aku tak tahu kenapa semalam pergerakan semua lembab. pukul 4 baru nak keluar rumah. pintu pagar hendak ku buka, tapi aku alih pandangan ke peti pos, ada surat rupanya. satu peringatan dari pengedar kereta, kereta mama perlu diservis, satu lagi surat untuk ayah. aku belek satu-satu surat. dalam hati terdetik, belum musim hantar kad rayakah? aku keluar semula, baru aku buka pintu pagar, padahal tadi semasa ambil surat biasanya aku buka pagar sekali. aku singgah ke kereta, ada fail yang perlu aku tinggalkan dirumah. tiba-tiba bunyi seperti kaca meletup dari arah masjid. aku toleh aku nampak seorang kanak-kanak kecil sedang mencangkung di sisi pintu gelongsor masjid. aku masuk rumah ku panggil adik lelakiku yang sedang belajar dalam tahun lima.

“Abang, pergi tengok dekat masjid, kalau tak ada org besar panggil kakak,” aku beri arahan. sejak adik lahir, mmg dia dipanggil abang, kerana dia sudah lama menjadi adik sebelum dapat adik yang lain.

tetapi pergerakannya lembab, baru hendak mencari baju, aku bingkas bangun keluar, adik perempuanku yg ketiga sedang melihat keadaan masjid, ku tanyakan sama ada org dewasa ada di sana atau tidak. katanya ada. tapi dari jeuh aku dengar budak menangis, aku susun langkah ke masjid. kalau benar ada org dewasa kenapa kanak-kanak itu, bersama rakan-rakannya dibiarkan sahaja di tepi tangga luar masjid, persoalan bermain di kepala.

perlahan-lahan aku nampak kanak-kanak itu, mukanya nampak berdarah. aku berdoa supaya aku tidak perlu mencabut mana-mana kaca tertusuk pada daging. bila aku sampai..
“Ya Allah.. Astaghfirullah al azim,” aku beristighfar 3 kali. bak kata orang inggeris, there was a pool of blood, maybe sea of blood.
betul kata adik, ada org dewasa. tapi lelaki itu, menuidng-nuding menyuruh mereka pergi. aku gugup. aku tanya siapa kenal ibu bapanya. ada yang mengangkat tangan, aku arahkan dia pergi ke rumahku, gunakan telefon.
“tapi rumah tak ada telefon kak.”
“rumah jiran?”
“tak ingat”
“awak pergi lari panggil mak dia sekarang juga,” tanpa kusedari budak yg ku arahkan itu adalah abang kanak-kanak berdarah itu.

lukanya banyak. dia berlari melanggar pintu gelongsor masjid, disangkanya pintu terbuka. pintu kaca itu berderai, aku nampak darah dari dalam masjid, hingga ke kaki tangga. luka di dahinya besar, ada hirisan dari kening hingga ke lubang hidung, nyaris terkena mata. kakinya koyang dikedua-dua belah. menangis-nangis panggil “ibu, ibu”.

aku pujuk, jgn menangis, nanti ibu kamu sampai. aku kata kalau menangis darah lebih banyak keluar, dia akur, bijak budaknya. aku mmg tak tahan dengan darah. aku sudah mula menggigil. bajunya basah dengan darah. mulutnya menakung cecair likat merah itu. aku ajak naik kereta untuk ke klinik. dia tak mahu, dia mahu ibu.

sebuah motor melalui jalan tepi itu, aku tahan. itu pakcik potong rumput. aku lupa namanya.
“pakcik, tolong ni”
“anak siapa ni?”
“saya tak tahu”
diluar jangkaan dia berlalu. hey! aku duduk di kampung atau di bulan?

aku ajak dia berbual, dari situ aku tahu namanya izat, ayahnya azman. duduk di rumah rakyat, jauhlah juga kalau nak berlari. bersekolah dalam tahun satu, kelas pandai. aku teringat pagi semalam mereka mula peperiksaan akhir tahun, jadi aku tanya soalan mudahkah. dia angguk. dia bercerita tentang cikgu kelas. juga cikgu kelas adik ku yg kecil tahun lepas. cikgunya lawa.

lama betul nak tunggu org datang. kemudian aku nampak kelibat 2 org bermotor, aku kira bersedia utk menunaikan solat asar. aku minta tolong dari 2 pakcik itu.
“hah kenapa ni?”
“ni berlanggar dgn pintu, abis pecah”, lelaki yg mmg ada di masjid itu menjawab, menyalahkan.
“ha, padan muka. ni anak sape ni? menyusahkan org. pergi bawak balik!”, pakcik yang baru tiba itu bersuara.
aku kaget, marah juga pun ada. mereka terus menerus marah. aku diam, kalau tak mahu tolong, kalau takut bajunya kena darah, baik dia masuk dalam duduk senyap2.
kedatangan budak motor yg kebetulan lalu menyenangkan sedikit hatiku, dia menghulurkan bantuan.
“kak, rumah dia dekat mana? saya panggilkan ayah dia”
“ayah kerja”, izat menjawab.
“rumah kat mana? nanti panggil ibu ye?”, aku pujuk lagi.
dia berikan butir-butir rumahnya.

budak lelaki tu datang lagi, rupanya kami salah dengar, rumah 27 tapi yg kami dengar 7, dia cari ibu izat lagi. sementara itu, datanglah lagi seorang hamba Allah, siap berserban, berjanggut lebat, siap bercelak dan berpakaian ala-ala pakistan. dia sampai diherdiknya lagi budak tu.
“ha tu la, budak ni keras kepala, dari tadi org suruh keluar tak nak keluar. padan muka kau kena mcm ni”
sambungnya lagi,
“kau pergi bawak dia balik rumah”, arahan itu diberikan kepada aku.
“dia tak nak gerak, mak dia nak datangkejap lagi”, aku jawab. mmg dia tak nak gerak, kalau dia cuma luka jatuh aku kira aku berani angkat, bukannya besar. tapi aku takut kalau aku angkat, sakitkah dia.
“alah kau angkat je, bawak kereta kau datang sini, bawak pergi klinik. budak ni mmg keras kepala”, arahannya bertubi-tubi.

aku mula rasa marah. pakcik yg berdua tu dtg lagi, suruh kami pulang. tolonglah, logik akal, aku rasa kalau dia kena hiris kat kaki, kepala, hidung, dia pun tak nak gerak. lagi-lagi darah mengalir-ngalir. bermangkuk-mangkuk darah keluar. baju dan seluar basah kuyup dengan darah. sekelilingnya darah. yang paling hampir dengan izat cuma aku, yg lain kanak-kanak yg melihat, dan org tua yang marah dan mengherdik. mmg lah salah budak tu main, tapi itu kan budak, kalau dah perkara nak jadi, jadilah. nak marah kemudia boleh marah. apa yg aku hairan sgt, pakaian segak, bersih. datang awal ke masjid nak tunai solat asar (atau nak berebut bubur lambuk), seorang pun tak comfort keadaan. aku tahu dari awal, aku dah bersedia utk hulurkan bantuan kereta, ye lah, org yg berkereta selalunya org bekerja, waktu pejabat belum tamat, aku kira kereta aku mmg aku bersedia utk tolong. aku tak harap mereka carikan kereta atau sewa kereta. apalah salah pakcik yg datang awal tu naik motor pergi rumah rakyat panggilkan ibu izat? konon alim. blah! nak ikut sifat rasul?

siddik, amanah, tabligh, fatanah?
tak guna! kalau tabligh sahaja yg diikut! serban melilit-lilit dikepala, janggut boleh simpan tebuan. perkara ini, menolong org dalam kesusahan, bukankah tanggungjawab masyarakat? kalau tak mampu menolong dari segi harta, emosi kanak-kanak tu perlu dijaga. dia sedang mengerang sakit, ditahan tangis takut darah byk mengalir.

“kau ambil kereta kau datang sini, angkat je budak ni. mmg degil keras kepala. padan muka!”, dia sambung lagi.

aku nampak seorang wanita dalam lingkungan lewat 30-an menolak basikal (masjid atas bukit, masa kami adik beradik masih kecil dan terjal, naik mountain bike pun kami tak kuat). aku balik ke rumah. aku kemaskan kereta, susun helaian akhbar sambil marah-marah. aku bukan marah dia tak tolong. aku marah dia mengherdik.

bila aku sampai semual ke masjid, wanita itu rupanya ibu izat. air matanya mengalir, dibuka baju izat, didukungnya masuk ke dalam kereta. sambil minta maaf padaku kerana menyusahkan aku. kemudian baru aku tahu dalam perjalanan ke hospital, dia juga diherdik oleh lelaki serban melilit itu.

mana hormatnya pada seorang yg bergelar wanita? yg martabatnya tinggi dalam islam? lagi-lagi wanita itu seorang ibu. mataku bergenang, mungkin kalau aku tiada tadi, jika aku keluar awal, entah siapalah yg akan tolong izat. paling-paling kena tunggu org balik dari pejabat tunaikan fardu di masjid. mungkinkah para pensyarah yg berkopiah itu akan bantu izat juga?

aku ke poliklinik 24 jam di sri pulai, tapi doktor tak berani nak melakukan apa-apa pada izat kerana lukanya besar. pembantu klinik keluar dari bilik rawatan dan bertanya, ” awak boleh bawak dia ke hospital?”. aku angguk.
doktor lelaki tampan dan segan tampil, berkata-kata dengan ibu izat, kak maz,
“kak, dia kena ke hospital, lukanya besar, nampak tulang, darah dah banyak keluar lagipun banyak serpih kaca, disini tiada kemudahan itu”.
aku terduduk. tulang? ya Allah, aku nampak tulang dari tadi? aku tanya pembantu klinik,
“kak, panggil ambulans tak boleh ke kak? saya dah menggigil ni”.
katanya ambulans tak ambil kes sebegini kecuali pesakit tak sedarkan diri. dari buang masa tunggu ambulans, baik kita hantar. aku angguk, mereka beri nasihat jgn bawa laju2. mungkin mukaku sudah pucat. sememangnya dalam perjalanan 15 minit hendak ke klinik aku mmg dah pening, bau hanyir darah menyelinap dalam kereta kecilku.

izat menangis tak mahu ke hospital.
“ibu, tak nak bu, nanti doktor belah”
“dr tak belah, dah terbelah ni, dr jahit je”, ibunya memujuk.
“tak nak! tak nak! izat tak nak jahit”, dia jerit kuat.
“tak lah izat, nanti dr tampal je,” aku pujuk, tak mahu dia menangis.

kak maz sekali sekala menyeka air mata. didakap izat kuat-kuat. izat dia balut dengan akhbar yg ku bawa, darah masih mengalir. izat mengantuk, dibiarnya tidur. oleh kerana pengaruh tv mmg kuat, aku ingat, org hilang darah jangan dibiar tidur, takut pengsan. kak maz kejutkan izat, diajaknya berbual.

nyata izat tabah orgnya. tiada air mata mengalir lagi. dalam bilik kecemasan dengar suaranya menjerit, tapi selepas seketika tiada lagi setelah dibius. aku lihat izat berbungkus besar dikepala, tampak lucu, izat sudah tersenyum.
aku usik, “izat tadi marah doktor tak?”
“marah, izat tendang dia”. kak maz juga senyum. lega aku rasa.
sambil berseluroh kak maz berkata, “ha izat dah balut-balut dekat kepala macam ni mcm lebai kat masjid tadi!”. aku ketawa lihat kak maz begitu. walaupun aku nampak kak maz risaukan peperiksaan akhir tahun.
sebenarnya aku dah berniat nak buka. tekak aku dah loya, tenaga aku dah zero. malu aku pada kak maz, dia lebih kuat. ego aku pun dtg la. hahah🙂

kak maz bukan org senang. rumahnya tiada telefon, suaminya kerja keluar pagi balik malam memandu lori, juga tiada alat komunikasi. rumah jiran2 sudah ditambah, rumah dia masih seperti itu. hari ini sepatutnya izat ke hospital lagi, aku tawarkan bantuan. kak maz berjanji akan menelefon jika tiada siapa yg boleh bawak izat ke hospital. tadi kak maz telefon, suaminya boleh bawa izat ke hospital. entah kereta siapa yg dipinjam.

mlm tadi aku tak dapat lelapkan mata, aku teringatkan izat. aku nampak tulang, aku nampak darah. aku nampak darah yg sudah beku atas lantai. aku loya, aku menggigil.

aku masih marah pd lelaki berserban itu. mana tanggungjawabnya? konon datang awal utk solat asar dapat pahalakah dengan mengherdik begitu? mana sifat siddik? mana sifat amanah? mana sifat fatonah? apa dia dapat? kosong! telur! ada dua biji telur tapi tak boleh guna, telur busuk! buat apa! aku kenal dia. dia tinggal tak jauh dari rumah ku. kurang dari 100 meter. samalah pakcik2 yg bermotor, sama sahaja. langsung tak kasihan. kalau diorg kemalangan depan rumah aku, aku tak nak tolong.
aku nak cakap, “ha tu la, keras kepala, bawak motor lagi laju-laju, tak nak pakai helmet, pergi balik rumah kau. cari bini kau!”

mungkin jika tak puasa, aku bangun, aku beri penumbuk pada matanya yg bercelak itu, aku ambil darah izat di lantai aku lumurkan pada bajunya yg bersih sgt itu. jarang aku marah sampai nak bertumbuk, tak pernah pun! tahan sahajalah. kan bulan puasa. ini syaitan sudah diikat. kalau syaitan terlepas, mungkin dia tendang izat dari masjid.

kuasa Tuhan bukan? Allah maha kuasa, semua pergerakanku semalam lambat, utk bantu izat. aku doakan izat cepat sembuh, semoga dia tak nakal lagi.

 
Leave a comment

Posted by on October 20, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: