RSS

109949387219900123

03 Nov

hari ni aku betul2 rasa tak berfungsi, sama ada fungsi kuadratik atau fungsi trigonometri. i woke up really late (REALLY!!) bgn2 rasa nak muntah, apa nih aku ni berbadan duakah? morning sickness? morning sickness jadahnya! dah nak tengahari. aku tido lepas subuh, smlm dose kaffein lebih masa buka. pandai betul adik aku buat kopi. lain kali kalau nak travel jauh2 aku nak upah dia buat kopi. terang je mata aku, kalau aizec bg tau ada bola mlm tadi mesti aku tgk! aku bergulung dan berguling atas katil konon2 tido. lepas tu ala2 liat nak bangun sahur. hahahha.. alah aku mmg liat bgn sahur, sbb tu mak aku dgn adik aku yg panaskan lauk, sbb.. aku dah masak sebelum tidur.

aku bgn kelam kabut nak buat nasi ayam utk buka. pelik eh apsal awal sgt aku nak buat nasi ayam. sbb ingatkan aku nak teman aizec gi temujanji, tp dia ingat aku tak nak ikut. takpe la aku pun duk rumah. seb baik aku tak ikut sbb aku mmg terguling2 sakit perut. mmg nak muntah sampai petang, confirm bukan morning sickness, ke ada all-day sickness?.. nak tido pun takleh. berguling je la. sambil tuam2 air panas. memula aku nak amik je iron buh atas perut, sbb tak larat nak gi dapur. hahhahah betapa tak berfungsinya otak aku hari ni, fungsi teknikal otak kiri terjejas. tp aku gi dapur jugak panaskan air, sbb kalau bocor perut aku, org kat masjid tu tak kan tolong aku punya. takkan aku nak pandu kereta gi hospital dgn perut bocor. tidak tidak.

seb baik nasi ayam aku dah siap, sbb ptg tu aku gi tmn u jumpa aizec! dgn perut sakit2. hmmm cuba kalau kena suruh gi kelas. kelas tu pindah sebelah bilik pun aku tak nak datang, nasib la!! hhahaha

lepas buka tgk tv, skrg aku depan komputer. lepas ni aku nak masak utk sahur pulak. fungsi aku kat rumah ialah masak masak dan jahit jahit lepas tu marah marah. kakak sulung kuat membebel. betul tak? aku rasa la. sgt sedikit golongan kakak sulung tak gunakan kuasa besar ni. mereka ini digolongkan sebagai tidak gila kuasa! hahahah aku mmg gila kuasa, sbb aku dah hidup lagi lama dari adik2 aku. diorg kena percaya masa umur aku sama dgn diorg, aku dah buat itu dan ini. oleh kerana tiada saksi sahih, diorg pun percaya. maka, kalau diorg tak buat, aku marah2.

dlm testimonial aku, adik aku kata, aku marah tak guna mulut. dia kata aku guna penyapu. nanti dia balik rumah, aku sapu dia skali.

selamat menjalani ibadah puasa.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: