RSS

happy raya

17 Nov

selamat hari raya, saya telah selamat sampai setelah beberapa jam perjalanan dari kampung halaman. pada hari raya ini, saya telah berkesempatan menghantar rombongan meminang anak lelaki sepupu saya yg baru berumur 22 tahun. eh ini yang saya tak tahan mendengar ni. bila org mula berkata, “awak bila lagi?”.. eh eh, jodoh lain2, ibu saya juga berkata2 kenapa mereka hendak berkahwin awal. alahh.. terbantut niat saya utk bertanya ibu, “ibu, apakah pendapat anda jika saya hendak berkahwim awal?”. saya sudah punya jawapan! hahahha

ok ok.. merepek je tu. hari raya saya dipenuhi dgn suara-suara riang kanak2. rumah nenek dipenuhi dgn ahli2 keluarga yang mula berkumpul sejak 28 ramadhan lagi. riuh! sgt riuh. kepulangan keluarga kami pada 29 ramadhan di kampung disambut oleh thaqiff, anak mak uda yg comel sangat. adoi la, pipinya gebu. kata2nya sangat petah. sambil menggigit puting botol, dia bersalaman dgn kami semua mencari ibu.

“ibu, mak long dah sampai.” comel!

juadah berbuka tentu sekali hidangan ketupat yg telah disiapkan pada ptg itu. masa buka puasa aku cuma berdiri. riuh aku tak boleh ckp. susahnya aku rasa nak diamkan semua 20 org cucu, dalam satu dapur. yg itu nak rendang, yg ini nak kuah kacang, yg kecil tu tak hendak pedas, last2 kaum ibu semua kena tunggu lepas solat baru boleh makan, sbb kena layan anak2 dan suami masing2. pheww.. aku yg tak ada anak ni pun rasa penat. apatah lagi diorg.

perasan tak perasan.. takbir raya di tv kurang berbanding tahun-tahun lepas. aku pun tak tahu kenapa, sejak rtm dgn konsep baru ni, takkan la takbir pun takde? aku cuma dgr takbir sekali sahaja ke udara pada mlm raya, masa lain aku tak tahu. pagi2 raya on tv sambil sediakan juadah pagi pun, aku tak dengar takbir, selamat pagi malaysia la, malaysia hari ini la. itu kan dah biasa dengar? mana takbir raya? aku tak puas dgr takbir raya tahun ni di kaca tv. kurang meriah aku rasa.

aku mengaku sukar utk menghulur tangan merendahkan diri utk memohon kemaafan. bukan tak mahu, tapi segan. mungkin tak ramai rasa begitu, tapi aku percaya ada org lain rasa sama seperti aku. aku bukan tak suka.. tapi air mata aku pasti mengalir bila mama memaafkan kesalahan ku. aku sebak. aku tahan air mata, sbb aku tak mahu pak lang yg suka menyakat kenakan aku lagi! hahha tidak beri peluang!

semua best masa raya. aku suka ketupat rendang. aku suka kuah kacang dan kuah lodeh. TAPI raya kali ni, aku sakit gigi. aku ulang. SAKIT GIGI! weihh tak tahan weii.. dari 1 syawal sampai hari ni 4 syawal, aku masih sakit gigi dan mengalami demam dan batuk2. selsema sekali sekala yg diwacanakan oleh gigi bongsu ku ini. kalau anak bongsu disamakan dgn manja, gigi bongsu boleh disamakan dgn mengada-ngada. bonjela terpaksa ku beli di pekan, dgn harga mahal beberapa ringgit berbanding di bandar. isk! tapi tak baik jugak. aku pun nak makan rendang!!! uwaaa!! aku mkn sikit. aku tak puas hati. nanti kalau gigi aku dah baik, aku nak masak balik semua tu. huhu..

camat ali laya!!

 
Leave a comment

Posted by on November 17, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: