RSS

oohhhs and aahhhss

06 Dec

aku lagi byk aaahhhs skrg nih dari ooohhs..

hmm aku nak mende ni cecepat abis. harapan aku sama mcm hanim. cuma aku kadang-kadang admit, kadang2 buat2 admit, kadang2 tak admit2 langsung. kalau korang antara tertipu tu, aku minta maaf, bukan niat nak sakitkan hati atau nak tipu. kadang2 ada yg perlu diselindung utk selamatkan hati sendiri. tapi bila selamatkan hati sendiri hati org lain yg akan mengeluh. begitu juga sebaliknya, walaupun aku sepatutnya faham apa jawapan org dan aku tahu apa yg dia akan kata, aku masih menyembunyikan hal sebenar. tak ksah la cik kiah oii.. skrg aku dah redha. dan kembali aktif. kepada kalian yg terasa tertipu, aku mintak maaf. dgn morale yg rendah pada suatu tahap yg tak dapat dibantu, aku telah melakukan sesuatu yg melukakan hati kalian, ketika kalian tidak menyedarinya. serious, aku pohon ampun dihujung syawal, kalian kekuatanku.

cita2 aku.. aku nak cepat2 byk duit. cepat2 ada kereta sendiri yg bukan kereta mak aku. tapi kereta aku sendiri- tak kisahlah dengan apa cara sekali pun. selama ni aku aku asyik menang barang-barang kecantikan je, sbb tu muka aku tak cantik2. byk sgt lipstick, hair shampoo, body shampoo, foundation, skin-care free akibat hadiah. agak2 aku dpt tak kereta hadiah? hahah bagus jugak. harapan tak la besar, tapi doa aku boleh tahan besarnya.😛

lepas ada duit, aku nak ada rumah. pastu kalau ada rumah mesti ada tangga kan? pastu korang paham la. sama ada bina tangga dulu ataupun sambung masters degree, itu pun kalau tangga tu kuat nak tampung aku sambil belajar, tak kisah la mana2. tapi aku nak bwk tangga aku tu sampai luar negara. luar negara aku bukan singapura. sbb nak pergi singapura dari johorpura ni, naik kereta sahaja. aku nak pergi luar negara naik sesuatu yg boleh terbang. bukan space shot dekat genting, bukan flying carpet.. aku nak naik belon. aku nak pergi dgn kawan baik aku. aku nak pergi dgn Ainul, tak pun dgn makcik aku yg best, Nadwa, tak pun dgn Hanim, tp lagi best kalau ada kawan lelaki paling baik aku, Adit. eh salah! Adit tu karektor dlm cerita eiffle.. i’m in love, girlfriend dia Tita. Tuty nak pergi dgn Aizec,Tuty bukan Tita, Aizec bukan Adit. apalah.. kalau pergi semua sama2.. aku ada semua org. kalau pergi sorang pun tak kisah. aku nak balas dendam2 sekarang ni, aku rasa semua org pandang rendah pada aku.

Ini bulan 12, bulan akhir tahun. bulan ni aku dgn Aizec ada agenda sendiri. yg jadi masalah aku ialah oven aku rosak. over-current bak kata jurutera elektrik. fusenya cair. tak mampu nak tampung dgn fuse 13 Amp tu. tapi saya malas nak buat. sbb, blkg oven tu.. hihihihihi tak nak ckp la. mama saya kata ada binatang eksotik disitu.

Agenda aku dan dia kali ni, dgn mkn luar sahajalah. tapi kalau rezeki awak baik wahai awak, ada la saya usahakan dgn microwave oven yg saya tak tahu camne nak alter resepinya lagi.

Aku harus ke Batu Pahat ptg ni, ambil IC org exam. lalai sungguh adik aku tinggal IC di kampung. ni pun mak ngah yg nak bwkkan ke BP. Dia melawat ibunya. dah cukup baik dah tu, kalau aku nak ke muar, sakit punggung lagi la. mmg tak jauh. tapi dah byk hari bergerak ni. ehehhe.. sesiapa nak kirim salam pd org Rengit? Adik aku exam apa? peperiksaan darjah enam sekolah agama negeri Johor. kira besar la exam tu. pasni kalau lulus masuk Darjah Khas, bila lulus boleh jadi ustazah. kira sape ada sijil djh khas ni, org Johor akan.. “waaaaaaaaahhhhh..”.. aku pernah ada impian itu, tp aku masuk sekolah asrama, sekolah asrama aku bukan di Johor Bahru. hehhe🙂

 
Leave a comment

Posted by on December 6, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: