RSS

ah celcom!

17 Dec

ahh..

aku dah muak dengan celcom. kalau kluar offer baru, maka dia pun keluar la pakej baru, maksudnya kena beli simcard lain utk dapat yg baru. tak masuk akal tau. dalam tempoh kurang dari 6 thn, dah berapa byk pakej prepaid yg celcom keluarkan? byk sangat. ingat tak frenzy? aku la guna frrenzy tu, lepas tu excel, exceed dengan explore. mula-mula sesiapa pakai pakej lama tu tu boleh pilih nak guna pakej yg mana diorg berkenan di hati. disebabkan aku ni penggu yang call pun boleh tahan, sms pun lagi tahan, so aku ambik pakej excel. dimana pakej ni, call flat rate 45sen dan sms 15 sen (masa tu kira murah la sbb prepaid dari telco lain call 60 sen). masa tu explore tak berapa naik sgt sbb call rate dia mahal dan sms rate dia pun biasa je. lebih kurang je.

lepas tu beberapa bulan kebelakangan ni, explore pulak yg di-ayam-tambatan-kan. boleh la pulak call pun murah, sms lagi murah nak mampos. hape nih! kalau ye pun nak buat camni, kasi adil la dgn semua pakej. ahh geramnya!! kalau tak nak bg, semua jgn bg murah2 mcm tu ! biar aku tuka number.. tapi malas la nak tuka. dulu asyik tuka2 je. sampai org tak tau mana satu number aku.

ni aku dah marah-marah ni, dgr la pulak rintihan aku. Xpac ni menjawab semua persoalan yang menerjah dlm kotak fikiran aku. memadam semua api kemarahan yang meruntun jiwa. ceh.. sadis betul. tapi yang aku nak ckp.. kalau digi boleh sms sampai 1 sen (friends and family), maxis boleh caj 2 sen (sms plan), yang celcom nak cekik customer dgn caj 5 sen siang dan 10 sen malam ni, apahal? 2 sen tu tetengah malam bila dah takde sape dah nak sibuk2 sms.. org tgh mabuk telefon lain la. tu pun sampai berapa hari bulan ntah. aku pun tak tau.

aku pun tak tau apsal aku pakai celcom ni. dulu pakai 017, balik kg takde coverage sampai nadwa kena panjat pokok rambutan kalau nak reply sms.. pokok rambutan kat kebun baroh tu dikatakan satu-satunya point yang ada signal timecel. nadwa bernasib baik sbb org lain tak jumpa point tu, sbb pokok tu kat kebun tokmak. aku pun pelik mcm mana dia boleh jumpa point tu. asal gi kebun mesti bwk phone. time tu takyah la pelik tgk org panjat pokok rambutan bila tak musim.

dan-dan aku tukar celcom, timecel merge dgn maxis, maka kawasan liputan dia pun meluas. ah tu aku tak kisah sgt sbb competition antara celcom dgn maxis tak hebat sgt. digi pun belum tumbuh taring. konon celcom gile taring la masa tu.

skrg org lain dah asah taring masing-masing, celcom pulak tukar gigi palsu.

eeee

gigit gigit!!

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2004 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: