RSS

110537111302271279

10 Jan

They split!!. I shall love to have him. His bank accounts are sooooo meaningful. hahhaha yeay. He can have Jennifer, I don’t mind. It’s ok.🙂

Biar benar!😛 ok, cerita lain!

Semalam jumpa kawan lama. Aku, M, J dan V. Kenal V dari cerita, sejak darjah 2 lagi, berkesempatan jumpa V di sebuah sekolah rendah di Senai, untuk pertandingan hafazan Al-Quran, aku tak jumpa V selepas itu. Kenal M dan J di sekolah agama. Kami sekelas dari darjah 3 hingga darjah 5. Masuk ke sekolah tinggi, aku bersama-sama M, berjumpa hari pertama pendaftaran, berselisih di tepi gelanggang tennis. Dia dgn rambut perm barunya, aku baru-baru belajar pakai tudung. V ke kolej elit di pantai barat Semenanjung, J tetap di Johor kemudiannya menyertai kami di ibukota.

Tapi kami semua ditakdirkan bertemu dan rapat di universiti. Semua sama-sama org Johor. Sama-sama mengundang cemburu di kalangan rakan-rakan, tatkala hujung minggu. Kami sama-sama membasuh baju dirumah.. rumah masing-masing. Rumah M di tepi universiti, rumah J di seberang jalan besar, cuma rumah aku dgn V agak jauh.. kurang dari 15 minit! Hehe..

Semalam kami bertemu kali pertama selepas raya. Kali pertama aku bertemu dengan seorang teman yg sudah lama aku hindari. Perselisihan faham 2 tahun lalu, mudah aku lupakan. Kami sama-sama melarikan diri, kami sama-sama mengendahkan kehadiran antara satu sama lain. Kami sama-sama cold.

Aku gembira. Aku lega. Besar beban di kepala aku telah aku benamkan dalam-dalam di dasar Selat Tebrau yg airnya mengalir perlahan. Nyaman hati aku, senyaman udara segar yg bertiup lembut melepasi Bukit Serene.

“Kalau hati kita gembira, hati kita bersih, kita tak perlu senyum org dah nampak kita senyum”, kata-kata Ustazah Norhashimah yg lekat dalam kepala aku.

Semalam, aku tak perlu senyum untuk tanda gembira.

Nota buat V:
Terima kasih.

 
Leave a comment

Posted by on January 10, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: