RSS

110856169303874998

16 Feb

aku risau, betul-betul risau. aku sedang menyembunyi sesuatu, aku menjadi seorang perahsia. perkara yang aku rahsiakan sebenarnya tidaklah begitu rahsia atau peribadi. keluarga aku tahu, teman-teman rapat pun tahu. jadi perkara itu bukan rahsia tapi disenyapkan.

bila sesuatu perkara disembunyikan, antara cara yang efektif untuk menyembunyikan perkara tersebut adalah DIAM. tapi bila perkara tersebut ditanya dan, aku, sbg subjek tidak boleh diam, maka terpaksa MENIPU.

tak ada niat aku menipu, sungguh. ada perkara yang perlu didiamkan, maka eloklah aku diamkan. tapi bila keadaan memaksa aku untuk menipu. tertipulah keadaan itu (dan individu yang berada dlm keadaan tersebut).

walaupun aku klasifikasikan perbuatan aku sebagai menipu, tak banyak yang aku tipu kerana beberapa jawapan kepada soalan tertentu, aku jawab dgn senyuman yg paling ringkas. DIAM masih jawapan yang terbaik.

bila hari ini, individu berkenaan berlegar-legar dikawasan ragam aktif aku, seribu pertanyaan dan perasaan menerjah aku, sekaligus melemaskan aku dengan anggapan sendiri. kaku untuk membuat apa-apa. aku risau, aku pasif.

aku masih tenggelam, masih belum lemas.

aku masih berusaha untuk mendapatkan jawapan yang terbaik, tanpa diam, tanpa menipu, tapi senyuman yang ringkas mungkin akan lebih bermakna buat aku, walaupun bukan untuk org lain. tetapi aku tahu, mereka yg tahu tentang kebenaran hari ini, akan menarik nafas yang paling lega bila aku ketemu jawapan terbaik.

aku dan dia, ya, kami akan lega. aku pasti akan aku potretkan saat paling indah itu. mungkin aku seorang, mungkin aku dan dia, mungkin aku dan mereka.

nanti, senyuman aku paling bermakna akan terukir juga.

aku harap esok dan lusa, juga seterusnya, aku boleh terus berlari. ya berlari!! walaupun kura-kura menang bertanding dengan arnab, aku tak mahu jadi kura-kura.. kerana aku pernah merangkak lebih lambat darinya.

kemenangan individu adalah subjektif berdasarkan matlamat individu terbabit. jadi, jika kemenangan aku TIDAK menepati piawaian kalian, kalian tak perlu pandang rendah pada aku.

aku pernah, selalu, dipandang rendah oleh beberapa individu HANYA KERANA prosedur yang aku jalankan berlainan dengan kaedah mereka, walaupun ‘end product’ kami sama. terbukti produk aku lebih baik dan cantik, aku masih dipandang rendah. terasa seperti terhina, tapi aku terima. aku terima kekurangannya untuk melihat sesuatu dengan lebih luas dan jelas. dunia ini bukan milik dia seorang.

aku harus mesti WAJIB mencapai kemenangan individu ini!!

mesti!! mesti!!!

 
Leave a comment

Posted by on February 16, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: