RSS

111189967315439535

27 Mar

Pagi semalam, aku bangun dengan malas sekali. Kalau bukan kerana sudah berjanji hendak menghantar Aizec ke klinik, sudah tentu aku sambung tidur sampai mata aku bengkak lebih tidur. Rentetan beberapa malam tidur tidak lena kerana bersengkang mata menyiapkan kerja, membaca buku cerita dan akhir sekali menjaga pesakit demam panas, semalam betul-betul menguji ketabahan aku untuk kuatkan mata.

Kali ini Aizec ke klinik lagi, untuk temujanji dengan doktor.

“Demam dah baik dah, tak payah la pergi,” dia meminta.
“Pergi je la. Nanti kalau ada apa-apa tak pergi, tak pasal je.”
“Ok.”

Suhu badan diambil setelah mendaftar dikaunter hadapan. Beberapa minit menunggu, nombor giliran yang tertera dikertas pendaftaran tadi terpampang pada skrin. Aku menunggu sambil membaca suratkhabar entah berapa hari lepas. Selang beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik doktor sambil menunjukkan isyarat mata ke bahagian belakang.

“Buat blood test,” katanya.

Langkahnya aku ekori, sunyi tanpa bicara. Aku biarkan dia berurusan dengan jururawat bertugas. Pelik betul, kepala aku masih pening-pening, mata aku masih belum mahu segar. Ah, hodoh betul aku rasa!

Beberapa mililiter darah yang telah diambil dihantar ke makmal. Kami disuruh tunggu lima minit sebelum mengimbas nombor giliran.
“Tunggu lagi..”
“Awak jangan demam lagi tau, saya takde kawan. Awak demam saya boring.” Bersungguh-sungguh aku berpesan pada Aizec.

Lama betul tunggu ‘5 minit’ kali ini. Aizec yang sudah kebah sedikit demamnya, galak bercerita, membalas dendam tidak dapat bercakap untuk beberapa hari. Senang hatiku melihat perubahan ini. Terukir senyuman dibibirnya, yang telah menghilang buat beberapa hari. Namun begitu, pesan seorang teman.
“Tapikan Tuty, kalau denggi mmg mcm tu la, kejap sejuk kejap panas. Aku pun dulu mcm tu.”
“Alahh.. ni kalau tak baik-baik jugak ni, aku campak je la kat laut, tak kuasa aku nak jaga.”
Risau tetap bertandang di benak fikiranku. Berkali-kali aku cuba mengusir perasaan itu, tapi ia tetap jua kembali.

Skrin berkelip-kelip menunjukkan nombor giliran Aizec, aku tunggu lagi di luar. Entah berapa saat sahaja, dia keluar tersenyum.

“YES!”, mukanya gembira.
“Apsal? Dah baik eh?”
“I confirm 2 bulan mengandung!”

 
Leave a comment

Posted by on March 27, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: