RSS

111278100868456436

06 Apr

Dalam tempoh kurang dari 1 jam, hari ini aku jumpa 3 org kawan, yang setiap satunya aku tak pernah nampak dalam tempoh sekurang-kurangnya 4-5 bulan lepas.

* (5 bulan tak nampak)

“Eh, aku ingat kau dah takde kat sini. Dah lama tak nampak kau pun?”
“Alaa aku selalu nampak kau, nampak kereta kau. Selalu nampak kau mkn kat Jalal dgn Aizec, tp kau tak nampak aku. Pernah aku panggil kau ‘tuty, tuty’.. pastu bila kau toleh2 aku sembunyi2”
“Laaaa, patut la tak nampak”

Buruk sgt ke aku ni sampai org tak nak aku nampak diorg? Ke sebenarnya kitorg sama2 nak jadi invisible sejak 5 bulan lepas. Ni baru aku visible..

** (Setahun tak nampak)

Di kaunter bayaran Jaya Jusco, aku nampak bekas teman sekuliah dari Thn 1 ke Thn 4 menjadi juruwang di kaunter sebelah. Aku tunggu dia menoleh ke arahku sambil menunggu juruwang mengira jumlah belanja.
“Eh Tuty!”, dgn gerak mulutnya, dia senyum, aku dari tadi senyum.
Banyak soalan diajukan dgn gerak mulut, jarak kami kurang dari 10 meter. Aku buat isyarat sekejap padanya. Kalau ada suara pun aku selalu salah dengar, apa lagi dgn gerak mulut aje, sah sangat nanti aku salah macam2.. Aku pernah ada kes dgn juruwang Jusco. hehe.. sampai skrg kalau line panjang mana pun aku sanggup tunggu walaupun kaunter brader tu seciput je org beratur.😛

“Kau dah habis?”
“Baru minggu lepas hantar, kau baru ke kerja kat sini?”
“Baru 2 minggu.. ok la”, sambil tersenyum.
“Hari tu Z kata kau kerja kat..”
“Aah, dah berenti, boring. Aku tak suka la kat situ”

Budak pandai pun kerja kat Jusco. Aku? Sah sangat kalau boleh tak nak kerja line engineering. Tengok la rezeki mcm mana, mana dtg dulu aku sambar. Aku ada matlamat dlm tempoh 2 thn ni.

***(11 tahun tak jumpa/tak nampak/tak dengar berita/aku dah tak kisah pasal dia pun)
Di stesen minyak Petronas dalam perjalanan pulang ke rumah.

Aku turun kereta untuk bayar harga minyak, sementara atendan mengisi minyak. Aku toleh ke belakang semasa bayaran dibuat. Aku nampak kelibat seseorang, mengisi minyak motor. Hahahaha.. ini boyfriend teman lelaki teman istimewa kawan baik aku masa darjah 6 dulu. Dulu comelnya ya amat!! Bekas ketua murid sekolah rendah. Tua setahun dari aku. Dia pernah ada masa depan yang cerah, tapi dia abaikan.

“Hi, apa khabar?”, aku sapa.
“Baik..”, dia senyum dan menyambung, “belajar lagi?”
“Tak la. Dah abis dah”..
“Ok la. Jumpa lagi”, dia sudah selesai mengisi tong minyak motor. Aku melambai.

Dia berlalu sambil membonceng seorang gadis sangat comel dan manis dan putih dan kecil molek. Aku tahu itu bukan adiknya, bukan saudaranya. Aku juga pernah dengar cerita dia dah banyak kali keluar masuk lokap kerana terlibat dengan kongsi gelap bangsa kaf-lam-ya-nga. Jujurnya, sekarang pun dia nampak mcm bangsa itu. Sejak dulu dia mmg fasih berbahasa tamil, penduduk melayu merupakan golongan minoriti dalam kejiranannya.

Dia bijak. Mungkin akan berjaya jika dia ambil jurusan kejuruteraan ataupun akauntansi, tapi aku percaya dia boleh menjadi peguam yang hebat. Tapi.. dia tidak endah. Keluarganya porak peranda. Kasihan dia. Aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada, bukan? Walaupun aku belum berjaya menjadi jurutera, tetapi sekurang-kurangnya aku punya keluarga yang masih hidup bersama. Alhamdulillah..

____

Hehe.. dgn tak ada duit ni, aku berjaya beli sebuah tas tangan dan sehelai tshirt.

 
Leave a comment

Posted by on April 6, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: