RSS

Tioman (April 8-1, 2005)

12 Apr

Day 1
April 8, 2005

Semua orang tak tidur lena mlm tu, aku terjaga2 dlm pukul 5 pagi, Nanad terhaga setiap satu jam, Hanim pun tak senang tidur. Pukul 5.30 aku dah bgn, pukul 6, Nanad kejut semua org. Aku terus bingkas bangun mandi dan sarapan seterusnya memulakan hari pertama dengan menjemput Hanim dalam perjalanan ke rumah Nanad. Tepat pukul 7.30, kami sampai di rumah Nanad dengan senyuman yang lebar, tak sabar untuk terus sampai ke Tioman. hahhaha Aku cukup dengan satu beg galas, Hanim dengan 2 beg, dan Nanad dgn 3 beg. hmmmm.. sbb, aku sorang je tak bwk mknn selain dari mknn rapu.🙂

Perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing mengambil masa lebih kurang dua jam dengan meter halaju tidak lebih dari 100km/j. Kami tiba di kawasan jeti pukul 9.30 pagi, pusing-pusing cari tiket feri, bingung nak amik yg mana satu. ada banyak jugak khidmat feri ke Tioman. tapi kitorg rasa confident dgn satu kaunter ni yang tunjuk webpage yg aku selalu visit sebelum pergi tioman. Harga tiket untuk feri ke Tioman RM30, fast ferry pun sama, speed boat RM35. Trip yg paling cepat ialah pukul 10.30, speed boat. tapi kitorg amik feri pukul 11.30 sbb lapar, belum makan dan belum parking kereta. book tiket sekali utk balik, naik speed boat. book sekali ‘island hopping package’ for RM50. the counter lady said, “nanti kalau dekat pulau lagi mahal”. the trip would stop at 6 spots, including for lunch break, which mkn sendiri tanggung la. so, dgn nekad kitorg amik je la sbb aku rasa murah kalau nak compare single visit to any spot would cost us more or less RM15, belum masuk lagi sewa snorkel set, another RM15/hr.

ok, sementara tunggu feri pukul 11.30, kitorg parking kat parking lot sebelah jetty, RM7.35 untuk sehari semalam. makan2 dan berehat. pukul 11 baru tunggu feri. nak masuk jeti kena bayar RM5 utk marine conservation tax. tapi kalau anda masih bergelar pelajar/kanak2, atau mengaku masih pelajar(bila ditanya, cam kami!), cukai anda cuma RM2 shj. Save RM3 gwe! hahahha.. Kena tulis nama and IC dulu before naik feri. ok?

Feri yg kitorg naik, Seagull 3. Memula naik ingatkan tak ramai yg naik sama, kitorg pun duduk la kat tingkat atas, open air la kononnya. After a few minutes, punya la ramai yg naik. Aku rasa company trip, sbb they talk to each other yg berbilang bangsa.. bangla, myanmar, indon, cina, melayu.. fuhh aku tak kisah pasal tu tapi aku bengang dgn mamat bangla yg sibuk2 duk menghimpit aku kat sebelah sambil siku dia menyiku pinggang aku. asal aku toleh kiri je nak tgk laut, dia pun sibuk la pandang aku nak senyum2, utk sepanjang perjalanan. pastu boleh pulak nak cuba2 berbual dgn aku. hahahha sori eh, aku ni mmg camni dgn bangsa asing.😛

feri tu mcm overload, mcm lebih dari sepatutnya 100 penumpang je. feri slow nak mampus. patutnya sejam setengah perjalanan, jadi 3 jam. pastu bosan lak tu sbb ramai sgt tak dpt tempat duduk so diorg diri. pastu open air kitorg tu dah close la kan. pemandangan laut jadi pemandangan bontot! kalau mat-mat saleh ke, minah2 saleh yg sexy2 sedap jugak la walaupun panas sbb angin tak kena langsung kat aku, 3 jam tu tudung aku maintain je naik feri! so pendek cerita.. perjalanan ke tioman bg aku naik feri overload adalah seksa, lagi2 duk sebelah org yg menyiku pinggang. ini view di celah2 punggung.. aku rasa ni area mukut.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

ada 3 jeti kecil sebelum Kg Tekek, diorg sekampung ni turun dekat Kg Paya, jeti selepas Kg. Genting dan Lanting. masa diorg turun ni la kitorg rasa happy gila, meloncat2 amik gambar!

sampai kat Tekek, ada shuttle bus ke Berjaya Beach Resort, tempat kitorg akan tinggal utk 4hari seterusnya. Sampai Berjaya, betul2 pukul 3, waktu check in kitorg.

Image hosted by Photobucket.com

sampai kat chalet dlm 3.30ptg, rupanya2 kitorg dapat 2 adjoining rooms, utk 3 org! wah wah wahh.. luas betul la. best! (terima kasih nanad). unpack, kemas barang, simpan beg, susun barang2 kat dressing table dgn kat bilik air, menyelesakan diri seperti dirumah la. first time aku buat mcm ni kalau gi berjalan, selalunya ambik dr beg je. pastu rehat sampai ptg. mkn2 mihun yg nanad bwk (banyak sgt utk 3 budak perempuan! terima kasih mak nanad). kul 6 kitorg gi laut, utk berendam(betul ni berendam, sbb tak pandai berenang)! memerhatikan matahari terbenam, memancarkan cahaya pada air yg sejernih kristal.

end of day 1, mlm tu dinner roti + tuna. watch tv and sleep early.. because we want to start Day 2, very early in the morning! yay~.. (unfortunately for nanad, she couldn’t sleep because she was so excited). ehemmm🙂

 
Leave a comment

Posted by on April 12, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: