RSS

jejaka aku

20 Apr

Lelaki Aku

Dalam sehari ke sehari, walaupun aku banyak sebut tentang Aizec dalam blog entries ni, kebanyakannya sedikit memuji, sedikit mengusik, atau mungkin sedikit meluahkan perasaan. Hakikatnya dalam kehidupan aku dan dia, jarang betul aku memuji dia. Sangat jarang, hampir mustahil, jika ada pun sekadar, “Aik, cantik baju awak hari ni”, atau, “Awak baru basuh kereta ehh.. bersihnya kereta awak”.. Maafkan saya, saya tak pandai mahu memuji. Hhahahahha.. kalau kalian betul-betul kenal lelaki ini, kalian juga tak mahu memujinya walau dalam hati ada terdetik rasa bangga, “Dia ini rakan saya”. Sebaliknya, dia sungguh ikhlas tiap kali memuji aku, dgn senyuman yang tak lekang.🙂

Entry ini untuk dia.

Batuk tak henti-henti dan sakit kepala yang mengganggu, sedikit pun tak mematahkan semangatnya untuk berhenti merokok, sebulan lepas. Demam yang dikhuatiri denggi tu betul-betul memberi kesan. Batuk-batuk hingga kahak hitam, mungkin darah mungkin asap. Dia sakit, aku sama-sama runsing. Aizec mudah demam, mudah sangat. Tapi demam yang ini mmg lain. Tak senang tidur aku dibuatnya. Macam2 buruk dah terbayang dalam kepala aku.

Dia cuba untuk berhenti merokok selepas itu, walaupun asalnya aku gelakkan usaha itu dalam diam. Tanyalah diri sendiri, mcm mana nak berhenti merokok (kepada pembaca merokok), bukan sekali dua Aizec ‘berhenti’, setiap kali demam dia akan “lepas ni saya dah tak nak isap rokok lagi dah”. Aku faham sangat. Aku angguk je. Tidak gelak, cuma sedikit senyum sinis yang aku cuba tahan dari terukir di bibir.

Aku tak tahulah apa pendorong Aizec untuk berhenti masa tu, sama ada itu satu tanda terima kasih kepada aku, atau dia nak dapatkan hadiah bonus yg aku janjikan jika dia dapat berhenti merokok dalam tempoh 6 bulan, atau dia tak mahu sakit lagi, atau dia sendiri yang hendak berhenti. Aku betul-betul tak tahu, yang aku tahu dia sangat ikhlas masa tu.

Berapa kali dia dihulurkan rokok, dia menolak. Perasaan puas dari cengkaman rokok dia luahkan padaku setiap hari. katanya hatinya tenang, lebih duit untuk beli yg lain. Aku senyum, hati ini tersentuh. Pernah saja abaikan makan kerana jimat duit untuk beli rokok.

Hari-hari dalam minggu pertama dan kedua dia sakit kepala yang amat sangat, batuk tak henti-henti, dia kurang makan, tunggu muntah je pasti aku sahkan dia mengandung.😛 .. Demam dah kebah, denggi dah bebas, kenapa mcm ni?

Rupanya itu tanda-tanda penolakan dari badan perokok tatkala dia mula berhenti. Ya Allah seksanya lelaki itu, tapi dia tabah. Pernah satu hari dlm tempoh itu dia tertekan ketika mula bekerja, dia berhenti untuk beli rokok, tapi dia dalam kedai, dia capai botol air ganti rokok. Aku rasa aku tak marah jika dia mula ambil rokok semula, tapi aku tersentuh lagi, kerana sebotol air itu. Air mata aku tahan, kadang-kadang ekspresi perasaan aku over.

Aizec, itulah sebulan yang saya kagumi awak.

Aku tak tahu sampai bila dia dah bertahan, tapi aku tahu dia dah cuba, tanpa aku paksa. Dia dah bekerja, dengan dikelilingi asap rokok dan asap motor, kalian tahulah suasananya. Aku tak salahkan dia mula lagi.. Aku tak boleh paksa, tak siapa boleh paksa siapa. Harapan aku masih ada untuk dia bebas rokok. Untuk sebulan itu, saya masih kagum dgn awak. tapi bulan tu je la~

 
Leave a comment

Posted by on April 20, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: