RSS

kenduri

09 May

weekend lepas tokmak buat kenduri kesyukuran and aqiqah. Banyak betul yang dihajati telah dicapai, tahun ini sahaja ada 3 graduan dalam keluarga, dapat cucu baru, keputusan baik etc.. Biasalah mcm tu dalam komuniti kita.

Tulang buat sup, daging kambing masak tak tau apa dia tapi sedap gile. Makcik-makcik aku kata, kalau nak kena masak lagi sekali mcm ni, mesti tak jadi. Aku pun tak tau apa yg diorg masak, sbb takde sukatan, takde resepi, 3-4 org masak satu lauk, ada 3-4 idea utk masak satu lauk. Ayam masak merah pedas gile sampai meleleh air mata. Acar rampai dgn rojak. Pilihan nasi putih atau nasi jagung. Semua sedap sgt. Aku mkn lebih dari 3 kali sehari. Maaf ya Pak Ajek. Tak ketertahan.

Dalam sibuk-sibuk tu, internal organs yg nak dimasak, diasingkan dulu. Direbus, dan dihiris2 sebelum dimasukkan dalam lauk. Hati, jantung, otak, bla bla bla.. Aku sangat la curious dgn satu organ ni, lembik2 je, besar 2 penumbuk la jugak, aku pun tanya Mak Uda aku.

“Mak De, ni apa ni?”
Dia ambil beberapa saat utk berfikir..
“Ini ‘buah'”..
“Ieee!!! Mana ada org makan?”
“Ada la, tak caya tanya tokmak”
“Tokmak, ni boleh mkn ke?”
“Boleh~, anak mak semua mak bg mkn ni”, dgn slang-slang jawa, dan muka selamba. aku yakin, mak aku akan menidakkan dia pernah mkn ‘buah’ kambing ni.

Mak Uda aku sambung lagi,
“haaa? ye ke mak? hahahha.. Patut la kitorg ni semua pandai2. Cuba Tuty mkn, mesti terer gile”
“Ah sudah~”

Kau!.. Aku amik cebisan daging yang ada tulang je, supaya aku tak termakan ‘buah’ tu.

 
Leave a comment

Posted by on May 9, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: