RSS

pada suatu hari..

17 May

pada zaman dahulu, terdapat sebuah negeri yang aman damai. negeri itu termasyhur dengan penghasilan tenunan sutera yaang halus dan hasil pertanian yang bermutu.

pada suatu hari, seorang wakil dari negara jiran dtg ke istana untuk menghadap sultan. tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk meminta bantuan ketenteraan dari negeri tersebut kerana negerinya telah diserang oleh satu kuasa jahat yang sangat ditakuti. baginda sultan pun bersetuju untuk membantu, maka dikerahkan semua bala tenteranya utk mara ke negeri tersebut.

putera baginda yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan puteri pilihannya menawarkan diri untuk sama-sama berjuang demi bangsa dan negara. walaupun berat hatinya untuk meninggalkan isteri yang cantik jelita, baginda tetap cekal menyambut seruan bangsanya.

pemergian pasukan tentera pengaman itu diiringi dengan beberapa das meriam dan istiadat kehormatan. air mata dan doa menjadi pedoman bagi ibu yang ditinggalkan anak, isteri yang ditinggal suami dan gadis yang ditinggal kekasih. mereka pun cekal meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

hari berganti hari, minggu sudah bersilih minggu, sudah berpurnama lamanya tentera kerajaan tersebut berangkat, namun satu khabar berita pun tidak kedengaran. baginda sultan jatuh gering merindukan putera tunggalnya, pewaris takhta. lalu menantu baginda membuat keputusan untuk mencari suaminya yang hilang tanpa khabar itu. dengan ditemani beberapa org pengawal dan dayang, baginda puteri memulakan langkah utk menjejaki suaminya. baginda sultan asalnya tidak bersetuju dgn idea tersebut kerana baginda puteri sedang berbadan dua. namun sbb dah malas nak layan, dia bg je.

hutan tebal diredahi, lautan luas direnangi. naik bukit turun bukit, masuk hutan keluar hutan. bila bekalan makanan habis, mereka berburu dan mengutip buah hutan. baginda puteri yang sedang sarat mengandung ketika itu dah tak larat dah nak jalan. akhirnya mereka berhenti sementara dibawah pohon angsana di dalam hutan tebal itu. dengan izin Allah, pada suatu hari, baginda melahirkan seorang anak yang comel dan bersih di dalam hutan itu. Anak cilik itu dinamakan Siti Zulaikha.

Soalannya, kenapa dia namakan anak dia Siti Zulaikha?..

+++++
hahahha panjangnya la nak sampai soalan~

 
Leave a comment

Posted by on May 17, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: