RSS

:)

26 May

Kalau tonton cerita luar negara, bandingkan dengan cerita kita. Jauh sgt bezanya. Aku bukan cakap tentang filem, dan aku tak ckp tentang cerita jauh dari barat. Aku cakap tentang drama bersiri dari gugusan Asia Tenggara ini juga. Cerita dari Filipina, dari Siam, dan juga dari Indonesia. Mereka punya jalan cerita yang menarik, konflik yang berpanjangan, sentiasa menjadikan penonton duduk tegak dan berfikir apa situasi tegang yang bakal datang lagi esok, atau minggu depan. Cerita Melayu yang betul-betul beri konflik dan membekalkan aku dengan tekanan emosi yang berpanjangan, yang sama-sama buat aku merasa angin sakit hati dan sedih ialah Kutub Utara Kutub Selatan, season pertama ya, bukan kedua. Walaupun terpaksa aku akui, Hans Isaac berlakon jadi mamat utara langsung tak jadi. Dalam Hati Ada Cinta, bolehlah. Cukup buat aku mengubat rindu pada seseorang.. Ako Mustapha (harkhuasoiegusus tuih!)

Siapa tonton drama “Dia” di Astro Ria jam 6.30ptg setiap hari? Aku tonton bukan di Ria, tapi di Suria (Singapura). Episod yang lebih maju. Sakitnya hati aku bila tonton cerita itu. Kejahatan itu tak mungkin berakhir. Yang jahat itu yang selalu survive dlm kehidupan, kan? Yang jahat itu yang susah sgt ajalnya nak sampai. Yang jahat itu pandai berlakon. Kenapa la dia tak mati kena langgar lori sampah? Dalam cerita yang byk konflik ni, tiba-tiba polis semua jadi bodoh.

Kalau dia mati/kena tangkap, cerita dah abis la.. kan? ngek.

..

Aku terima hadiah hari jadi yang comel dan ‘bermakna’. 3 pasang stokin yang menggembirakan. hahaha.. Kata teman, aku bakal memerlukannya sangat sangat nanti. Itu mungkin, tapi warna-warni stokin itu buat aku sgt gembira tadi. hehehhe terima kasih Nad. Suka~..

Aku baru perasan. Hadiah hari jadi aku thn ni, rata-rata membekalkan aku ke alam pekerjaan.

Minggu depan aku bergelar Jurutera. Yes~! Minggu depan aku pakai uniform lagi, selepas tinggalkannya di sekolah dulu. Yes! Pakai kasut putih lagi. Yo!

 
Leave a comment

Posted by on May 26, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: