RSS

Suasana yang tenang..

11 Jun

Bangun-bangun tdo je dah rasa tenang. Aku pun tak tau kenapa aku asyik mimpi2 yg seperti dikejar-kejar, lari2.. penat tau. risau semacam masa tidur. Nanti tiba-tiba dlm mimpi tu aku perasan aku tgh mimpi, Aku ckp, “ok Tuty relax, ni mimpi je ni”. Tapi nanti ulang-ulang balik. Kalau mimpi yg ntah apa2 mcm mlm tadi takpe la jugak sbb aku tau tu semua tak real.. Yg horror sgt kalau mimpi tu mcm real, mcm kat tempat kerja.

Sepasang uniform yg baru dpt Selasa lepas, buat badan aku gatal2. Bintat-bintat aku jadinya. hmm Zaha kata uniform aku mcm sekolah tadika. heheh bila tgk balik, ada benarnya.
“Apa cute sgt uniform kau ni?”, kata Zaha.
“Kau ni, nak puji2 uniform pulak. Jgn la malu-malu”

Org kata, kerja kat multinational company boleh improve penggunaan bahasa inggeris. Jangan haraplah! Walaupun english aku teruk, rupa-rupanya takdelah teruk sgt. Mula-mula aku blur je masa meeting pagi2 sbb tak paham. Lepas 2 minggu, telan aje la. Aku dah get use dah boss aku panggil aku, “Dudy”.. Aku nak suggest kat dia, “dude” je la.

Oh.. aku jalan skrg dah superlaju. Jauh seh nak gi mkn. hahahha.. aku mkn sehari 50sen je tau tak! paling mahal aku mkn RM1.50. tu pun baru sekali. Most of them mkn nasi kul 10, which aku belum boleh masuk lagi. So aku mkn mihun/mi/kuetiau/nasi goreng. Lunch break, tdo rehatkan kepala. Tea break mkn roti/buah. Balik rumah, kebulur cari nasi. hehehe

Mlm tadi ada phone call. “ajek@home” call aku. Punya la aku harapkan Aizec buat surprise tetiba balik Johor. Aku dah tdo ni melonjak-lonjak nak angkat phone. Tiba-tiba aku dgr suara perempuan nyaring je, “Kak Tuty~!! Dah tdo ke?”. hahahhadoi.. Aduh.. kecewanya.
“Kak Tuty apa ni tdo awal?”
“Alaaa.. Kak Tuty ngantuk la”
“eleehhh.. rindu Ajek la tu”
“:P”

Hari-hari aku lalu depan kawasan rumah dia. Hari-hari aku mesti toleh rumah dia. Sayu gila. Mcm mabuk kepayang la pulak. Tapi sebenarnya mmg aku kena lalu situ kalau nak balik rumah. hahahha

Minggu ni je aku dah mimpi Aizec 3 kali. Horror la.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: