RSS

112032524710572695

03 Jul

Lepas aku baca blog Nikman, aku teringat cerita pahit maung thn lepas. Time2 mcm ni la jugak, bezanya tahun lepas.

Perasaannya, seksanya Tuhan je yg tahu masa tu. Aku tertekan banyak sebab selain projek tak habis. Selain dari fakta sebenar aku tak berapa ‘into electrical engineering’, dengan penyelia yg asyik cuti memanjang, kawan-kawan dah grad, saudara-mara tanya bila nak kerja, jiran tetangga sibuk kenapa aku tak habis-habis belajar. Fuhhhhhhh tertekan sangat!

Sepatutnya aku boleh siapkan projek sebelum latihan industri (short sem), dan habis belajar sama-sama kawan lain yang mana dah sama-sama extend 1 tahun sebab perubahan kurikulum dan resit paper. Tapi aku tak boleh siapkan. So, aku ingat sambung satu sem lagi.

Sem 1 (my sixth year, ok?) went so smoothly. My supervisor was on maternity leave. I was on my own to finish that boring project. I did it seriously. I went to the lab, I absorbed everything on the journals, I stayed up late to crack my head for the solution for this and that, I did everything, I mean, almost everything. Time’s up! It’s the viva time. The lecturer just came back for duty. She called me, to see everything. Dgn semangat membara, aku bawak semua harta karun yg aku ada, jumpa dia kat lab, to listen ..
“saya tak boleh benarkan awak present next week”
“tapi puan..”
I argued, but she won.
“Jumpa saya minggu depan bawak semua journal yg awak ada, kita review semula tajuk awak”

bang! bang! I was shot!

I didn’t cry. I didn’t know how to react.

2 hari lepas tu baru aku rasa sedih sgt. Down sgt2. Tak boleh bgn pagi, susah nak tdo mlm, mandom je. Nak bgtau mak aku pun susah. SUSAH sgt. Dlm banyak2 org, Taiibah yg tau dulu instead of my parents. Susah hati aku nak kecikkan hati mak bapak. Sah sgt masa tu takde loan, sem tu pun aku pakai duit mak.

2 minggu lepas tu baru aku ckp kat mama dgn ayah. Aku dah ready je kalau2 nak kena marah, tp yg sngt buat aku sayu bila ayah ckp..
“Takpe la Tuty, belajar la lagi..”

When I saw the supervisor to review my tajuk. She was shocked actually, when she saw my huge collections of journals that I read. And I could even explained each paperwork to her. The pros and cons between each method for harmonic reduction and PF improvement. She thought I didn’t do my work.

I didn’t tell anyone. Not even my close friends, including Ainul. I hide. I set my YM to invisible. neither reply SMS nor return calls. rarely updated my blog. my morale drop to almost zero. bila semangat tak ada, lagi2 tak ada kawan2 yg nak push kau to move further, semuanya static. aku paksa jugak la my lazy ass to lab, 9 to 5 almost everyday. walaupun kadang2 tak ada apa sgt yg aku buat.

Tiap2 pagi nak bgn mesti berat je kepala, dgn nightmare mcm2, rasa mcm jatuh dlm lubang yg sangat dlm lepas tu tak boleh keluar. tak tau la aku nak ckp mcm mana rasanya masa tu. tertekan, kawan2 dah ramai kerja dgn gaji besar. ada yg dah beli kereta. aku terhegeh2 nak siapkan projek. pada yg sama aku dpt tekanan yg sgt besar dari individu tertentu dan masalah dalaman keluarga. aku jadi seorang yg negatif, shallow minded, semualah yg tak best.

pape pun aku kena kuatkan semangat kan? aku doa, aku grad ni utk mama, utk family, last sekali baru utk aku. “Ya Allah, ku pohon jgnlah aku hampakan mama lagi kali ni.”

bila semuanya dah lepas. aku lega sgt. mama menangis bila aku sms dia lepas presentation,
“alhamdulillah, at last i graduate”
sebenarnya aku tak tau kesan aku grad ni besar sgt kat mama. after all, doa mama yg bawak aku sampai sini.

lepas grad pun aku tak leh nak connect dgn org lain lagi. bila aku dah kerja ni baru aku sikit-sikit berubah jadi positif, aku jumpa diri aku semula yang hilang setahun lepas. aku bersyukur semua tu dah berakhir.

aku nak mintak maaf la kat kawan-kawan aku kalau aku tak berapa nak sgt reply msg diorg dlm tempoh setahun lepas. buat-buat tak tau ke, tetiba tukar tajuk bila korang tanya pasal projek or kerja.. dan sebagainya.

aku teringat satu soalan adiman,
“Tuty kau dah cari kerja belum?”
“nanti2 laa, aku nak duduk rumah dulu”, I lied. Sorry Dme.

So, kalau extend tu, jgn la bwk perasaan extend jauh2. Mental kena kuat sgt sbb dah tak ada kawan2 rapat nak support.

Fuh.. aku tak sangka aku dah kerja tau!

 
Leave a comment

Posted by on July 3, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: