RSS

Hari ayah buat kezutan

24 Jul

Suatu hari ayah berkata, “Tuty, ayah ada benda baru ni”. Aku pun anggukkan kepala, seperti biasa, sebagai pembaca utama semua manual instruction kat rumah ni, aku tahu apa perlu aku buat. Semua operasi alatan elektrik di rumah, aku yg baca, walaupun bukan untuk aku. Manual mesin basuh, mesin jahit, blender, nama sahaja, aku yang baca, hantarkan kad jaminan, dan simpan untuk rujukan masa hadapan. Aku pasti, ucapan ayah seperti itu cuma untuk menyampaikan maklumat terkini supaya aku tahu apa perlu ku lakukan selepas itu. Pekerjaan ayah yang berinteraksi dengan komputer buat kami sudah alpa kehadiran pelbagai gadget dirumah sejak kecil. Oh, manual gadget hak pejabat ayah pun aku baca, sbb aku suka. Tidak hairanlah mengapa aku bertugas di pejabat jaminan kualiti.

       Masih penat dgn tugasan di pejabat, aku tak endahkan ‘benda baru’ yang ayah katakan tadi. Dengan pakaian seragam comel bak kata Zaha itu, aku selak-selak helaian akhbar sekadar ambil angin cerita hangat dan gossip terkini. Mataku terhenti pada helaian terakhir akhbar bahasa inggeris utama nasional, “Spot the Different” jadi tumpuan. “Ini satu.. dua.. tiga.. haa.. empat.. lima..” aku membilang dalam hati mencari perbezaan antara dua kartun. Ayah masih beriya-iya bercerita tentang benda baru. Aku angguk dan layankan. “Alahh.. barang ofis ayah lagi pastinya..” desis hati.

     Mama pulang hujung minggu dari kursus sebulan di Tanah Tinggi Genting. “Wahh.. sapa punya ni?”

“Ayah la,” sahutku.

“Tuty punya,” selit ayah.

Aku telan air liur. Biar benar?

 Image hosted by Photobucket.com


 

 
Leave a comment

Posted by on July 24, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: