RSS

Isu bertukar tangan, bertukar status

14 Aug

Lagi seminggu lagi seorang kawan sekolah menengah (hahahhaha nama sekolah aku pun takde title ‘menengah’ tu) akan bertukar status, dari anak perempuan ayah kepada isteri seorang suami. Sekali lagi, aku gagal memenuhi undangan rakan ku ini. Dalam ramai-ramai kawan aku yg mendirikan rumah tangga, hanya Aishah sahaja aku dapat penuhi undangan itu. Kenduri Puan Aida (kini ibu kepada anak comel, Sakinah), aku masih lagi belajar tunggang terbalik di UTM. Puan Sabariah dan Puan Siti Nadia, aku baru mulakan pekerjaan, Puan Sazlina pula, aku terpaksa bekerja di hari Sabtu. Kini, soon-to-be Puan Asmat Muhaini, aku pun kena kerja hari Sabtu. Kalau ponteng kena potong gaji sehari memandangkan aku masih dalam status ‘under probation’.

Aku pun mula bertanya sendiri, “kalau aku kawin, siapa yg nak dtg kenduri aku? dah la kat Johor, lagi la org tak nak dtg”.

Aku juga terpaksa akur dgn keadaan ini, duduk jauh nun di selatan tanah air, manakala rata-rata para sahabat semua ramai tinggal dan bekerja di ibu kota. Aku juga akui yang kita bukan lagi golongan yang punya masa lapang. Aku terima jika mereka tak dapat hadiri majlis di Johor Bahru. (lama lagi wehhh.. aku pikir je, bukan aku kawin esok lusa)

Nak dikirakan, aku agak terkilan tak dapat hadiri majlis mereka. Apa lagi kenduri Asmat, kawan dari sekolah sampai UTM, walaupun di saat-saat akhir di UTM kami tak serapat dulu, kekangan tanggungjawab yang berbeza kami jadi terpisah cari haluan sendiri.

Ckp pasal kawin, lagi aku fikir, lepas kawin nnt aku ada masa lagi ke nak kluar tgk wayang and shopping-shopping dgn kawan-kawan perempuan, gossip-gossip sambil minum? Aku tak nampak mak aku mcm tu, sbb dia shopping pun dgn aku, gossip dgn aku, tapi ini time ni aku dah besar dah mmg dah jadi kawan. Masa dulu? Entah. Kalau kalian jadi suami, adakah kalian beri izin kepada isteri utk melakukan seperti yang aku ckp tadi? Mcm mana aku baru boleh terfikir skrg, aku patut tanya tadi masa jumpa Aizec. Aku tau Aizec pasti punya agenda minum di kedai sambil tonton World Cup atau what-ever Cup bersama rakan-rakan.

To Asmat if you’re reading this,aku harap kau berbahagia dan dilimpahi keberkatan hingga ke akhir hayat.🙂 semoga dikurniakan zuriat yg bijak pandai, soleh dan solehah.

 
Leave a comment

Posted by on August 14, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: