RSS

apa khabar saya..

26 Sep

Jika anda tanya tentang khabar saya, saya kata..
“saya penat”

Baru jejak rumah selepas 13 jam melebarkan punggung dalam bas dari Changloon ke Johor Bahru. Aku nak buat anggapan bahawa pakcik driver tu sakit buah pinggang, sbb dia tak berenti utk buang air langsung! Berenti makan dekat Slim River kul 2 pagi, pastu kul 8 tu confirm la sekurang-kurangnya nak terkucilkan? Mula-mula aku ingat dia nak berhenti dekat R&R Machap, tak berenti. Pastu ingat nak berenti kat hentian sebelah Simpang Renggam, tak jugak. Dgn confirmnya aku ingat dia nak berenti kat hentian Kulai. TAK JUGAK? Turun dekat Skudai, ayah amik, tak sempat salam, aku ckp..
“Ayah!! Gi Mobil depan tu cepat!”. Mak aku masuk toilet perempuan, aku bantai toilet lelaki.

hahh.. LEGA!

Pesta konvo UUM, lebih menarik dari UTM, dan lebih menarik dari UKM (bak kata 2 pelajar UKM yg juga makcik-makcik aku.. hahaha).. menarik la. bunga banyak gila dan cantik dan sangat murah berbanding utm yg sgt cekik urat.

Sampai Kedah aku sempat pergi Tasik Pedu dekat dgn kampung Pak Uda. kalau nak lari dari bayar hutang along ke, aku rekemen tempat tu la. satu jenis signal pun tak ada. Mkn gulai rebung la, batang pisang la. BANYAK la mknn yg org selatan tak mkn. sedap sgt. aku yakin kalau aizec sampai kat situ, dia sure pergi mkn mcdonald je. mana la dia mkn lauk2 kampung nih. tak percaya? tanya la dia. cencaluk? tempoyak? ampun dia nak sentuh.

rasa mcm nak tidur, tapi.. lauk tengahari belum ada. aku doa nnt kalau aku dah kawin suami aku tak mcm ayah aku. kalau kitorg nak mati pengsan mcm mana pun dia suruh jugak masak. kalau tak, mkn la roti sampai mlm nnt ke. kalau tak nak mkn roti, kitorg la yg kena pergi beli sendiri. dah la rumah mcm kena puting beliung. baru pergi 2 hari. Taufan Rita sempat sampai JB rupanya. tapi rumah aku je la!

kalau aizec mcm ayah aku.. aku tuntut cerai dari skrg.
kalau dia tak mcm ayah aku, pastu dia gatal2 gi cari org lain.. aku doakan dia jatuh tangga kaki terkehel tgn terpusing, gigi patah 3 yg depan.

jgn kata aku kejam. dia tu bukan boleh percaya sgt. kena jentik sikit bila lupa.

HA HA HA HA HA HA HA HA
~lutfi, aku pinjam gelak kau!

 
Leave a comment

Posted by on September 26, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: