RSS

Wow

27 Sep

Wow..

I am typing using word. Cool.

Sejak pagi hingga ke malam, perut ku meronta-ronta. Entah apa salah aku semalam. Nak kata aku biarkan dia keseorangan kelaparan, tak pernah pula aku terfikir untuk menghukumnya begitu. Bahkan aku tatang seperti minyak yang penuh. Itulah, apalah salah aku semalam. Perut hari ini bagaikan merajuk, sakit sakit.. dia pening-pening dan muntah-muntah.

Blogger sudah semakin gerek. Selepas ini bolehlah saya memasukkan segala jenis jadual dan juga rajah garis. Seperti saya mahu membuka bisnes pula.

Oh ya, saya sudah menjadi pekerja tetap di kilang tempat saya mencari rezeki. Gaji sudah naik sebanyak beberapa ratus. Haiii.. hari yang gembira buat saya. Sudahlah tu, jika org jauh teringat kepada kita, pasti kita suka bukan? (walaupun saya yang selalu ingat kepada dia, kadang-kala dia selalu juga terlupa kepada saya, teman wanitanya).. Apalah bahasa melayu saya ini. Sudah tulis ‘kadang-kala’ boleh pula bercampur dengan ‘selalu’. Maafkan saya jika gaya penulisan dikala malam hari mengganggu fikiran kalian.

Esok, lusa dan juga tulat akan berlangsung jualan dari kilang, di kilang saya. Kilang saya menghasilkan produk-produk ‘Home AV’ yang mempunyai tagline “Ideas For Life”. Walaubagaimanapun, setakat ini saya belum lagi berbangga dengan apa-apa produk yg dihasilkan kerana saya rasa, sebagai pengguna, saya hendak membeli barangan selain dari produk keluaran syarikat saya.. ehemmm syarikat tempat saya bekerja. Oh ya, janganlah berharap untuk membuat pesanan dari saya jika anda berminat untuk membeli barangan dari kilang ini. Kerana pada pendapat saya, harga yang ditawarkan masih tinggi. Jadi, nak dipendekkan cerita, esok saya dan kawan-kawan hanya akan menjamu mata sahaja. Jika ada jualan ketuhar esok, saya akan berbincang dgn ibu. Al-maklumlah, hari raya sudah hampir tiba, ketuhar dirumah sudah ‘kong’ bak kata pemuda pemudi sekarang. Tapi kalau ketuhar setakat 25liter, tak apalah, baik saya pakai bread toaster. Entah berapa minggulah agaknya hendak siapkan kuih raya nanti.

Bulan ramadhan bakal menjelma. Saya sangka, sesudah bekerja dan punyai wang sendiri dapatlah saya berbuka puasa dgn selesa dirumah dgn juadah yang saya sediakan untuk keluarga. Setelah dilihat jadual sehari-hari, saya jangkakan, setiap hari saya akan berbuka puasa didalam kereta, pulang dari kerja. Oh ibu, benarkan anakmu menyewa. Ibu saya seorang yang sangat risaukan jika anaknya kluar berpeleseran. Jika dia tahu bahawasanya Pasir Gudang itu boring dan menghampakan, pasti dia tak risau. Saya Cuma galak berjalan jika jejaka itu pulang ke Pasir Gudang. Tatkala itulah Pasir Gudang itu seperti Hollywood.

Saya ini masih waraskah? Pasir Gudang itu Hollywood?

Saya meragui kewarasan saya pada malam ini. Adakah seronok menaip di Word?

 
Leave a comment

Posted by on September 27, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: