RSS

about love, lust, and friendship

29 Nov

perasan tak yg kasih sayang tu merimaskan? tapi dia juga membahagiakan. dalam hidup kita kena ada semua benda, kita perlukan semua. kalau tak ada satu benda kita tak complete, tipulah semua org tapi kita tak boleh tipu diri kita sendiri. ckplah kuat-kuat kau tak nak itu dan ini. tapi bila kau sendiri-sendiri, baru tau betapa kosongnya hidup tanpa satu benda tu. alihlah pandangan ke arah lain, tp bila kau dah sesat jln, kau nak balik pada jalan yg kau pernah lalu dulu.

semua yg kita nak tu tak boleh banyak2.. nnt kita alpa dan leka dgn apa yg kita ada. kalau ada banyak duit nnt kita tamak dan kedekut. kalau ada banyak sangat harta nnt kita bongkak.

tapi kita boleh ada banyak kasih sayang. TAPI kita tak boleh tak ada benci. manusia wajar utk membenci. kita pun benci org yg kita sayang.

mcm org ckp.. kita pandai. mcm main layang2, nak dia terbang tinggi, kita kena lepas sikit-sikit. kadang-kadang kena tarik-tarik. kalau lepas terus nnt dia terus terbang tak akan balik, kalau terus tarik, nnt dia putus, pun tak akan balik.

kalau bukan pasal kasih sayang kawan-kawan.. aku dah mati hati. kalau bukan sbb mummy, aku dah lari. kalau bukan sbb mama, aku dah tak nak pergi kerja.

aku dah tak tau membenci. dulu aku pendendam sgt. pantang ada org buat salah aku mesti nak balas balik. skrg tak, aku pandai marah je. tu pun marah sendiri. tak ada org pujuk. God blessed me with keramahan and friendliness, alhamdulillah. aku boleh kawan dgn semua org..

dlu nanad kata boss yg ass licker tu teruk. aku mula2 tak suka. tp aku kawan jugak dgn ass licker tu. mana tau, boss yg tu la yg tak bg aku burden keje byk2 masa aku tgh separuh mati lawan dgn perasaan sendiri. dulu aku tak suka sorang tech ni sbb dia berlagak, tp mana tau dia sendiri susah hati tgk aku takde semangat.

dulu aku tak nak tau siapa tht stranger, tp aku kawan je. mana tau rupanya dia pun baik hati.

kalau bukan pasal org2 sekeliling aku. betul, aku dah naik flight mlm tadi pergi mana-mana yg org tak tau. nasib baik aku dah keje.

korang tak tau apa yg korang dah buat kat aku. maybe sikit, tp impact dia besar sgt utk aku.

thanks nanad, khalili, Ho, budi, mama, mummy and joyce. this chinese girl named joyce pushed me to see the world is brighter outside. pushed me to move fwd and face the truth. without khalili giving his comforting words, aku dah masuk penjara hari ni sbb mlm tadi bunuh org.

waking up in the morning, i don’t know wht will happen next. aku tak mintak byk, aku nak semua balik mcm dulu. aku nak bila aku ckp ada org dgr, bila aku buat lawak ada org ketawa, bila aku nangis ada org yg comfort, bila aku senyum ada org sama-sama senyum dgn aku, bila aku marah takde org marah balik.

hugs hugs hugs to all of you.. pls.. hug me back ya? i need loads of big big big hugs.

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: