RSS

113359997029441482

03 Dec

lepas ni sape nak jadi kawan aku, baik korang fikir masak-masak sebelum tipu aku hidup2. walaupun aku ni lurus dan bendul seperti yang korang tau, tp Tuhan bg aku kelebihan lain. Gorenglah mcm mana pun, aku boleh hidu penipuan korang tu. Cuma satu silap aku, aku trust sgt dgn kawan, jadi aku lambat bertindak. Kalau aku bertindak time-time tu kau kata aku ntah pape. Nanti kau kata aku tak percaya kat kau. Aku ni telan je, org kata aku baik. Bagus la tu. Aku suka mendengar itu walaupun sebenarnya, hakikatnya aku je tau apa korang fikir.

Aku tak suka korek hal hidup kau, jadi paham-paham la ye. Aku ni kuat doa je. Sikit-sikit doa. Aku cuma ckp “takpe nanti Tuhan tunjuk”. Tipu la sedalam mana pun, aku angguk je. sbb Tuhan hidang depan mata aku. Secara detail dan teratur, aku tinggal ngap je. Takde susah-susah aku nak upah mata-mata gelap.

Sbb aku ni baik sgt, org amik senang je. Lepas ni, aku bukan Tuty yg dulu ye. Paham-paham je lah kalau aku jadi kejam atau zalim kat korang.

aku cuma tak paham mcm mana org boleh berubah sekelip mata jadi org lain, nak ubah jadi diri sendiri sikit punya susah.

korang yg baca ni, aku pesan la nih. Aku pun kadang-kadang melepas jugak. Tapi banyak-banyak la solat ye. Solat tu tiang agama, at the same time tiang diri sendiri. Kalau tak larat nak buat amalan byk sangat, cukup2 la buat yg wajib je. Baca ayat kursi lepas solat tu dah tolong banyak sgt. Betul.. semua ni MAGIC!

Jgn nak nangis je. Banyak sgt nangis nnt hati jadi lemah. Aku dah pernah jatuh dlm gaung yg dalam. Aku dah dapat naik balik. Jgn kau buat aku jatuh lagi, kalau aku naik, aku jadi naik hantu.

Ingat Allah! Allah tu Maha Kuasa! Jgn buat dajal lagi ye. Kau tau sape diri kau. Bukan kau sorang je aku nak sound nih, org yg lain pun. Aku pun sekali.

Masa aku tgh jatuh dlm gaung tu. Aku cuma fikir mama. Aku doa, kalau jadi apa-apa kat aku, Ya Allah, kuatkanlah mama. Jadikan adik-adik aku boleh pengubat hati mama. Tapi aku tak nak jatuh, aku lari sekuat boleh. Ngaji sekuat hati. Doa panjang-panjang.

Kalau korang ckp dgn org, org tu tak tentu boleh tolong. Ckp dgn Allah, dia dgr semua, dgn kuasa-Nya, dia tolong.

Skrg ni, aku doa, aku mintak dia tunjuk jalan yg baik walaupun jln yg kat blkg aku ni byk lopak dan taik.

ha kau!

 
Leave a comment

Posted by on December 3, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: