RSS

2005 dan ceritanya

31 Dec


sekian utk 2005. tahun yg paling byk cerita selama aku hidup jadi manusia. tahun 2005 aku habis belajar, habiskan degree yg mati-mati aku nak dptkan. aku grad dgn bahagia bersama kawan baik dan rapat sejak 6 thn lepas. trip ke pulau dgn kawan-kawan yg asalnya kawan rapat sikit sampai jadi rapat sgt. kenal pelbagai jenis manusia dgn pelbagai jenis ragam. memulakan pekerjaan dgn gaji empat angka (ahahaha kan best kalau lima angka).. mula utk melakarkan perjalanan hidup sendiri tanpa bantuan penuh mama dan ayah (masih ada bantuan mereka.. aku kan duk rumah😉.. aku kan anak perempuan. hahaha best best)

menerima ujian dan dugaan yg bertubi-tubi. hilang berat badan tanpa diet dan senaman. mengenalpasti kawan dan lawan. bersemuka dgn situasi talam dua muka yg hebat dan juga pada masa yg sama gunting dlm lipatan. hampir lemas.. benar-benar hampir mengaku kalah. keluarga dan kawan-kawan baik.. sampai mati aku tak lupa korang!! – mama, mummy, ani and nanad especially.

menerima sesuatu yg berharga tetapi memulangkan kembali. meninggalkan suatu situasi yg tegang dgn tenang dan berjaya memenangi situasi tersebut dgn tenang juga. kehilangan yg disayangi dan menyayangi. itu yg pedih. tapi, kasih sayang juga yg menjadikan yg disayangi itu kembali utk menyayangi dan disayangi. (ok ok.. sapa suruh baca? hahahha..)

memulakan episod baru dihujung lembaran 2005. aku bahagia dan aku redha. benar-benar bersyukur atas apa yg telah berlaku walaupun bukan seperti yg dijangkakan. apa yg telah terjadi betul-betul menguji iman, ketabahan dan kasih sayang. dugaan itu mendekatkan aku pada Dia, menyedarkan aku besarnya kuasa-Nya, dan betapa kerdilnya aku.

🙂 aku ingin melompat dgn lebih tinggi utk tahun 2006. ada faktor kenapa aku mmg patut melompat. ahahahah

resolusi thn baru?
merapatkan apa yg telah renggang, mencantumkan yg telah retak, mengukir senyuman yg lebih bermakna, mencari rezeki yg lebih berkat, menerima ilmu yg berguna, dan berharap supaya dijauhkan dari kejahatan manusia, dengki dan benci mereka.

saya pun doakan awak semua dijauhkan dari berjumpa manusia yg jahat sepertimana yg telah saya jumpa.

TAPI ada satu perkara yg betul-betul aku dapat buat kesimpulan disini ialah..


no matter how hard life changes may be, true love would find its way

p/s: saya tau mesti ada yg tak faham kenapa saya bergambar dgn tanda harga RM4.90 tu.. ingin saya nyatakan disini, cushion berharga RM4.90 itu adalah mahal kerana ia sgt nipis dan kecil. SANGAT nipis. baik awak percaya, jika tidak saya akan mengGANAD!

 
Leave a comment

Posted by on December 31, 2005 in crash and burn

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: