RSS

bila dah nak jadi tua ni..

07 Feb

kepala aku pusing sekarang ni. banyak pulak aku nak kena fikir. mama tengah ambil skim belajar sambil bekerja utk guru besar. mama cuma lepasan maktab dgn kelulusan stpm, tapi aku tau dia memang ada cita-cita nak belajar tinggi sejak aku sekolah rendah lagi. tapi masa tu kan banyak duit nak pakai besarkan anak-anak, sekarang bila ada peluang dia ambil la apa yang ada. sejak dari hari tu dia dah sibuk-sibuk buat tugasan. susahnya laaaa sarjana muda pengurusan pendidikan ni. atau aku yg rasa susah sbb takde perkara teknikal, semua secara abstrak. aku pun tak faham perjalanan kursus mama ni, lepas daftar dah dapat tugasan tanpa masuk kuliah. mungkin lepas buat tugasan yg tak faham secara membabi-buta tu baru nak bincang. agaknya la.

kursus ni mama buat 3 tahun. maksudnya dalam tempoh ini, sebulan mama dirumah, sebulan dikuliah. nasib baik cuma kat kuittho, batu pahat. 45 minit je dari rumah. minggu-minggu mama balik la. aku la yg tua ni nak uruskan yg kat rumah. itu pun aku pening, sbb aku cuma sampai rumah pukul 8 mlm. nak kluar balik pukul 6.30 pagi. part masak-masak aku tak kisah sgt, sbb boleh urus. part lipat kain dgn kemas rumah, itu aku pening.

banyaknya aku fikir ni. kerja kat ofis mcm hujan, tp korang pun kan sama je mcm aku. kerja mmg tak akan habis. nasib baik aku balik awal hari ni, mama balik sbb kuliah esok tak ada. jalan tak jem sgt mcm sebelum raya cina hari tu.. mandilah!

***

Dua hari lepas kawan dlm masa tgh minum petang dgn kawan-kawan, salah sorang dari kawan aku tanya bercerita tentang satu situasi yg mana aku perlu pilih.

Ada sebuah pokok yang besar, berdiri gagah dan tegap, tapi daun-daunnya layu dan kuyu sbb kurang air, almaklum cuaca panaslah agaknya. Setelah beberapa ketika, hujan pun turun dengan mencurah-curah, menyirami pokok yg layu tu. Bila pokok dapat air yg secukupnya, dia pun menjadi segar semula. Pokok itu hidup sihat seperti biasa dgn hujan yg menyirami dirinya dari hari ke hari.

Tibalah pula musim luruh, hujan dah kurang. Daun berguguran bersepah-sepah di atas tanah. Angin kuat meniup daun-daun kering tu ke pelbagai arah, jauh dari pokok tu.

Kawan aku tanya, “kau nak jadi siapa? Daun, pokok, angin atau hujan?”

aku ada jawapan aku, jawapan korang apa?

 
9 Comments

Posted by on February 7, 2006 in simply random

 

9 responses to “bila dah nak jadi tua ni..

  1. mooke

    February 7, 2006 at 9:01 pm

    rajinnya mak kau. kalau mak aku, tak kose mama nak jadi guru besar! heh. aku nak jadi hujan.

     
  2. ashka

    February 7, 2006 at 9:33 pm

    aku pilih hujan. angin mcm jahat. hehe. eh tuty, kimslm n wish all the best kat mak kau k.. aku skrg buat 2 in 1 pun dah kelam kabut.. mak kau 4, 5 in 1 lagik.. wah wah.. respect!! mooke.. kalau mak aku pulak, tak kose mak nak kerja.. hahah

     
  3. anem

    February 8, 2006 at 10:03 pm

    aku nak jadik angin. boleh keliling dunia sampai pening. sekali sekala org boleh panggil aku ‘taufan jaminah’. ngeri giler cikgu ni dulu..

     
  4. tuty

    February 8, 2006 at 10:53 pm

    mak aku dah jadi guru besar la

     
  5. mooke

    February 9, 2006 at 12:40 pm

    sorry, aku taktau cerita sebenar. ingatkan mak kau sambung belajar untuk jd guru besar. rupanya belajar sambil bekerja untuk/i> guru besar. my apologies.

    either way, each one of us should endeavour for lifelong learning. hats off to those with such passion and patience and has taken the path to it.

    anyway, what’s the answer?

     
  6. altuty

    February 9, 2006 at 1:42 pm

    alahh mooke, aku tak kisah. tak rasa pape pun ahaha..🙂 kalau aku pun sebenarnya agaknya kalau dah kerja lama2 tak kuasa nak m\sambung belajar. tgk nanad belajar pun mcm separuh mati je

     
  7. ashka

    February 9, 2006 at 5:57 pm

    aah, separuh mati. tak sabar nak habis. but thanks to my wonderful classmates yg membuatkan aku sayang nak quit. hahaha. oh.. tapi aku sebenarnye dah banyak kali thot of quitting masa nak naik 2nd semester aritu.. ko pun tau kan tuty. heh.

     
  8. ashka

    February 9, 2006 at 6:42 pm

    can’t wait for april! eh.. june! eh.. BOTH!!! hahaha

     
  9. adiman

    February 10, 2006 at 11:32 am

    seb baik aku tak sambung belaja

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: