RSS

barang baru, barang lama

13 Feb

banyak barang lama aku buang hari ni, utk kosongkan bilik aku yg mcm store room barang-barang sentimental. aku dah lupa apa benda yg ada dlm kotak dekat ceruk bilik. ku tau ada barang-barang dari sekolah menengah, tapi apa detailnya aku tak ingat. aku capai kotak tu, aku bukak.

gambar, gambar, gambar.. banyaknya gambar.

cards, valentine cards, raya cards (?kenapa aku simpan ntah?), birthday cards, goodluck cards, get well soon cards, congratulations cards, i-am-sorry card(without ‘s’)

letters, love letters, long letters, short ‘baik’ notes, and another category- super-long-hazlina-letters.

aku seorang yg boleh meluahkan sesuatu yg terbuku dalam bentuk penulisan, tak kiralah bahasa rojak atau bahasa melayu. bahasa inggeris tak hip and happening la kalau nak cerita- sbb aku tak reti. bukanlah pandai, tp boleh. skrg pun aku akan pilih email atau surat tulisan tgn kalau nak beritahu sesuatu kpd kawan baik. cuma dia akan baca je lah, jgn harap dia nak balas.😛

suatu ketika tu aku ada ramai sgt kawan yg ingat kat aku. meriahnya masa tu. bodohnya aku, cards yg ckp i-am-sorry pun aku simpan. padahal aku tak ada apa-apa dgn lelaki tu. yelah, dia suka kat aku agaknya and he did something bad. aku dlm hati ckp ‘pergi mampus’, tp dia masih baik nak ckp sorry. ada kawan ckp dgn aku, “ntah2 kalau dia dgn kau dulu kau dah kawin dah dgn dia”. aku jawab, “kalau aku dgn dia dulu aku dah clash 3000 kali”. dia tak boleh tune dgn frekuensi aku yg mcm ni, so goodbye lah.

suatu ketika itu, aku ramai gila penpal. skrg ntah semua pergi mana. salah aku agaknya, tak pandai nak keep in touch.

hazlina dgn ainul ialah kawan aku yg sgt rajin menulis kat aku. oleh sbb ainul sama-sama belajar kat utm, so surat dia time cuti je la. hazlina kalau tulis surat, aku boleh bayang mcm mana dia ckp sambil tulis, penuh dgn ekspresi dan emosi. panjang boleh capai 6 muka surat kertas A4, penuh! klasik tak persahabatan ni, zaman email pun ada surat.

birthday cards aku simpan semua. ya, semua.

satu masalah aku ialah, terlalu sentimental. tapi ayah aku lagi parah.

 
6 Comments

Posted by on February 13, 2006 in simply random

 

6 responses to “barang baru, barang lama

  1. Hazlina

    February 13, 2006 at 12:58 pm

    Teringin-nye aku nak baca surat2 tu. Ntah apa la aku tulis… Surat2 kau pun aku simpan jugak. But it’s all over the place.. must do some digging. heh.

    Love,
    Sahabat Klasik

     
  2. tuty

    February 14, 2006 at 12:21 am

    dari saya ada tak??? *wink*
    -ajek-

     
  3. lutfi

    February 14, 2006 at 6:00 am

    aku buang seme bende. biar start dari kosong. yg aku simpan = buku, komik (dari doraemon sampai marvel ape tah), magazine (NG, especially, skang ni harper’s dan New yorkers. Reader’s digest aku buang jauh2), movie, anime, album gamba. yg lain seme aku buang.

     
  4. mooke

    February 14, 2006 at 10:34 am

    aku simpan semua surat since sekolah jugak.🙂

    maybe it’s a girl thing.

    aku plan nak organize tapi semua aku campak dalam kotak dalam cupboard.

     
  5. ashka

    February 14, 2006 at 8:04 pm

    haha, aah aku pun sama. nak 5s dari dulu tak buat-buat pun.

     
  6. altuty

    February 14, 2006 at 10:32 pm

    ehehe..
    aku buang kad raya.. tapi yg lain aku simpan. belum time lagi. agaknya tunggu anai2 mkn baru boleh clearkan sbb dah takleh nak baca.

    haz,
    apa kau tulis? semua!!

    ajek,
    awak punya kategori lain. awak punya masuk file. ahahahha😀 tp sejak thn 2004 dah takde pape pun awak tulis. hampas!

    readers digest.. berlambak dlm bilik. haaa cleo first edition aku simpan!! warkhhhahaha

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: