RSS

Daily Archives: March 31, 2006

rest day

yeay.. am not working today. mcm biasa end of month production shutdown which gives me a chance to work overtime and claim (if and only if i have the guts to wake up early when everybody else nicely dreaming on their comfy beds). i went to work yesterday to see only less than quarter of the parking lot occupied. tp best keje masa mcm ni, tenang gila buat kerja, takde distraction lain selain dari tv. aah, aku kat opis buat kerja dpn tv. smlm aku layan police academy sambil kemaskini dokumen.

aku bgn lambat2 hari ni. pagi2 bangun utk gelakkan adik, "dik!! kakak tak gi keja hari ni. ahahaha adik kena gi sekolah!". sebijik muka menyampah dia bg kat aku, ayu sgt cute di waktu pagi dimana dia belum comot lagi. di waktu ptg, pulang dari sekolah. muka penat dan kalau bernasib baik bajunya masih bersih dari kena sambal/aiskrim/coklat/air oren. mood ayu sebagai anak bongsu mmg sukar diduga. dia lebih suka memendam diri bila hatinya terguris. nanti bila hari yg malang itu, kau akan lihat dia menangis tak berbicara lalu mematikan diri dalam bilik. tak mahu makan, tak mahu nonton tv, tak mahu diajak berjalan. aku kira perkara itu merunsingkan. sbb aku tak tahu apa yg terjadi di sekolah. kalau setakat gaduh dirumah dgn abg, biasa la.

aku bangkit terus ke dapur. check baju yg sudah diputar dlm mesin basuh, ada. check pinggan mangkuk belum cuci dlm sinki, berlambak. meja sarapan berkecah. ooo pandai kamu ye semua, tahu kewujudan aku dirumah. ahaahaha. misi aku dari semalam ialah untuk menghadap sarapan yg aku suka. roti bakar dgn telur goreng.  to my horror, aku nampak papan telur tu kat tepi tong sampah! plastik roti atas meja. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~!

aku berkesempatan menggoreng nugget ayam. nasib baik skill masak aku tak sehampas adiman. kalau tak mesti aku menyesal tak pergi kerja hari ni.

aku nak jumpa teman2 ptg ni, tp aku takde kereta! ahahha sebenarnya itulah sebab aku tak pergi kerja!

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on March 31, 2006 in simply random