RSS

back to the basic

01 Apr

aku kira aku perlu cari masa untuk membaca. aku selak semua halaman yg lepas ketika aku rajin membaca kerana mencari ketenangan diri tatkala gagal melangsaikan projek tahun akhir, aku menulis dgn jelas dan terang. aku selak halaman ketika aku menulis tatkala aku berfikiran kosong, hampas. kalau cikgu nawi atau miss kang baca tulisan aku tatkala ini, pasti dia suruh aku duduk bawah tiang bola jaring, atau dia baling buku tulis aku dari kelas terus ke padang.

alangkah garangnya cikgu berdua itu. cikgu nawi itu seorang yg agak rasis. kadang-kala nampak jugak sikap seksis. mengajar dlm sekolah yg semua pelajarnya perempuan, dia punya kuasa hebat utk mengatakan dia adalah dari kaum yg disegani. dia tak segan-segan beritahu dia mandi dgn isterinya setelah mendengar tazkirah dari dr fadzilah kamsah. dan dia memberi komen perkara itu berjaya mengintimkan mereka. kami lihat sama sendiri dan pandang ke bawah. nasib baik dia tak beri komen lebih panjang dari itu. walaupun aku tak suka cikgu nawi ni, tp seingat aku dia yg beri aku satu laluan bahawa bahasa itu indah. sukar belajar bahasa dgn cikgu ini kerana tulisannya sangat tidak boleh dibaca. jadi, aku gunakan kekuatan minda utk mengingati apa yg dikatakan sepanjang 80 minit masa mengajar.

cikgu nawi pernah suruh aku berdiri atas kerusi utk satu sesi kelas sebab aku tak boleh menguasai hukum hukum bahasa. aku tak boleh mengulas utk satu artikel pendek utk ujian bulanan, apa yg tersirat dan tersurat. senang cerita, aku punya markah paling rendah dlm kelas. cuma dapat 78% utk kertas bahasa melayu pmr.

sejak itu aku kerja kuat utk kertas bahasa melayu sampai spm. kertas aku punya markah tinggi.

tadi aku cuma nak tulis sebaris je.

 
13 Comments

Posted by on April 1, 2006 in simply random

 

13 responses to “back to the basic

  1. aishah mak

    April 1, 2006 at 5:19 pm

    tuty, cikgu nawi suruh aku panjat tiang bendera sebab tak siap homework. aku dan ida safura. we were saved by the bell though. haha.

     
  2. lutfi

    April 1, 2006 at 7:32 pm

    hoho aku dpt 49% utk BM dgn cikgu anisah. tanye jack sape anisah. hahaha.

     
  3. altuty

    April 2, 2006 at 10:05 am

    kenapa aku pernah dgr nama cikgu anisah ni? dia pindah sekolah aku ke? husband dia ngajar sama sekolah dgn kau ke?

     
  4. aj3k

    April 2, 2006 at 3:18 pm

    seb baik dia tak penah ajar aku.lemas ngk dia bersama tahi lalat di atas bibir..itu la sbb “skema” suka.ko suka jugakkan lupi?nak try jadi jambu dia?Hihi

     
  5. altuty

    April 2, 2006 at 7:33 pm

    alam shah boys.. tsk tsk tsk

     
  6. aj3k

    April 2, 2006 at 9:31 pm

    alam shah power!weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

     
  7. lutfi

    April 2, 2006 at 9:35 pm

    hahaha. bukan die jambu palo ke?

     
  8. alysha

    April 2, 2006 at 11:31 pm

    Yeah, I remember Cikgu Nawi, the guy with the thick oldskool glasses.

     
  9. litium

    April 3, 2006 at 9:36 am

    alam shah boys.. tsk tsk tsk

     
  10. shera

    April 4, 2006 at 8:11 pm

    ahaaa…saya tak pernah blaja ngn cikgu nawi..cikgu kang suat boon lagi best kot:)

     
  11. aLkamiL

    April 7, 2006 at 9:14 pm

    tuty, aku ingat cite mandi tu!!!!! ahahahahahahah!

     
  12. altuty

    April 8, 2006 at 2:31 pm

    baik kau lupakan je.. ahahahha tp ia sgt melekat dlm kepala kan? eh kau diajar oleh cikgu nawi ke? aku rasa kelas aku je masa f3 dulu. kau bukan 3i ke? aku 3u

     
  13. ashka

    April 9, 2006 at 8:42 am

    aku 3n :p

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: