RSS

hari aku ponteng kerja

05 Apr

hari ni aku melakukan perkara yg aku plan lama dah. selama ni aku tak berani agaknya, atau takut persepsi pandangan org atau aku sendiri rasa pelik utk melakukannya.

aku yakinkan diri utk tonton wayang seorang diri. ahahahha tak kisahlah, mesti ramai dah buat mcm tu, tp ini satu pencapaian peribadi. aku duduk baris paling belakang dan tengah-tengah, sesuatu yang agak sukar dilakukan kalau beli tiket lambat tatkala hujung minggu.

"ye kak?"

"ice age"

"2 org?"

"sorang je"

"sorang je?"

"aah"

aku pulangkan senyuman pada budak lelaki belasan tahun tu.

ye benar. aku ponteng kerja hari ini. pagi tadi bgn dgn hati berat, kepala berat, mata berat, punggung mmg dah berat. perut ini meletus-letus di dalam, bagaikan ada volcano. aku cadang nak masuk kerja jam 9, tp 8.30 aku masih melekat dikatil.

"ah, jam 10 lah"

aku masih syahid di kamar peraduan tatkala jam berdenting 9 kali. aku periksa wang saku, tinggal rm10. kedengaran amir pulang dari syif mlm.

"Mir, ada 20? pinjam?"

"tak gi keje ke?"

"tak la"

aku ambil wang. aku jumpa puan doktor. dpt sijil sakit setelah aku mengadu perut memulas. untuk menambah perisa, aku ceritakan perit gastrik 2 minggu lepas. selesai je urusan di klinik, aku dah cari langkah utk berlibur, tenangkan hati yg bergelora dek dendam amarah yg teramat dari mlm tadi.

banyak buku tgh longgok murah di harris tapi aku tak beli. aku masih dlm misi nak habiskan buku yang nadia pinjamkan aku ntah berapa bulan lepas. malu aku bila dia tanya aku dah sudah baca atau belum. katanya dia nak beri pinjam buku yg lagi satu. patutnya hari ni aku sudahkan buku dia.🙂

sampai rumah dah penat. tp hati tercuit nampak ayah beli telefon bimbit baru. kerana mawi dia beli mmobile. percayalah, kalau mawi jadi jurucakap jenama cap lembu pakai skirt pun, pasti ayah beli.

 
8 Comments

Posted by on April 5, 2006 in simply random

 

8 responses to “hari aku ponteng kerja

  1. aj3k

    April 5, 2006 at 9:30 pm

    ayah!!!!we love mawi aite??

     
  2. altuty

    April 5, 2006 at 10:12 pm

    ayah!! approve ke dia ni nak jadi menantu?

     
  3. lutfi

    April 5, 2006 at 10:30 pm

    aku nak sambut besday aku tgk X3 movie. sbb kat sini die release one day before my besday, so cam besday eve tu enjoy X3 la. hehehe

     
  4. nadia

    April 5, 2006 at 11:15 pm

    ah.. mawi dan m-mobile. aku sakit jiwa. ada ke ex-colleague aku kat S*J cakap mak mawi dlm iklan m-mobile tuh ada rupa aku???!! brengsek betul!!! pergh, marah gila aku masa dia text semata-mata nak cakap benda tu… hahahahahh.. nasib baik gua cool.. haha tapi lho lagi cool sbb tgk movie time office hours sorang2😛 bravo!

     
  5. altuty

    April 6, 2006 at 10:11 pm

    masa aku sampai kat tebrau tu kan, aku suspen je. dah bukak ke ni? aku lalu dpn pintu dia takut2 dia blum ON sensor sliding door tu, kalau masih OFF takde la aku segan nak tolak pintu sblh tu. ahahahahah pak gad tu tgk aku semacam je sbb aku jln dgn penuh kemusykilan.

     
  6. nadia

    April 6, 2006 at 10:38 pm

    next time kalau ada rasa nak ponteng keje, sound la aku ye. haha

     
  7. aLkamiL

    April 7, 2006 at 9:10 pm

    best tak ice age2?😀

     
  8. altuty

    April 8, 2006 at 3:11 pm

    ice age 2 lagi best than the first one. ahahah aku sorang2 gelak. ntah org lain tgk gelak sikit2 je. aku awal2 dah syok gelak. ahahhaha tgk ramai2 lagi masyuk seriously! hahahahahhaha

    aku rasa kalau nak tg sorang2 pasni tgk cite sedih kut. baru feel gila! ahahahha

    nadia,
    aku nak sound kau pun masa tu, kau tgh kerja keras. kau kan memangku kerja boss kau yg cuti tu. nnt abis satu kilang takde idea for life sbb takleh proceed keja. hahahha

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: