RSS

the rights

25 Sep

si buncit buka puasa kat rumah si manis. seawal jam 2 dia sudah berlingkar dpn tv si manis. kerja di dapur harus dilangsaikan segera, adik harus pulang ke asrama. makanan berbuka puasa mesti dibungkuskan, pesan ibu. jam 4, mknn dah siap utk dimakan. tapi tunggu.. itu baru kedengaran seruan azan asar. adik-adik digegas tunaikan solat.

setelah diamati, kelihatan seperti kekurangan kuih manis. bagi si manis, cukuplah sekadar kuih 2 jenis buat penghias hidangan. pasar ramadhanlah tujuan mereka berdua sementara menunggu adik bongsu si manis menghabiskan kelas piano di sekolah muzik. si buncit, perisau. takut mknn tak cukup. beriya2 si manis tarik muka ckp, “cukup la cukup”.

akhirnya si manis mengalah dan biarkan sahaja si buncit itu membeli kuih-kuih. ada onde-onde, kuih ketayap, kuih tako 2 jenis, karipap pun 2 jenis, dibeli lagi soto ayam. padahal dirumah sudah tersedia makaroni bakar sehidang besar dan juga popiah goreng. layankan je.

semasa berbuka puasa, si manis hulurkan semua mknn ke arah si buncit yg kelaparan. habis 3-4 suap, “hehe dah kenyang la”. dia senyum meleret pandang mknn.

dia dah janji, dia kata, “kalau mknn lebih, awak kutuk saya. kalau mknn kurang, siap la awak”

walaupun setelah terawikh dia menyambung mkn lagi, si manis bungkus lagi utk buncit bawa pulang. mknn itu masih berbaki didapur.

ahah~

 
11 Comments

Posted by on September 25, 2006 in simply random

 

11 responses to “the rights

  1. aj3k

    September 26, 2006 at 12:17 pm

    tapi secara seriusnya, macaroni bakar tuh mmg sedap giler!untung gila aku dpt kau si manis!
    kuangkuangkuang

     
  2. Hazlina

    September 26, 2006 at 3:41 pm

    tuty,
    bagi resipi meh nak try.
    ;p

    dgn instructions sekali pls.
    tq!

     
  3. litium

    September 26, 2006 at 5:54 pm

    oh mcm baca buku cerita kanak2 lah pula.. hahaha hikayat si manis dan si buncit

     
  4. lutfi

    September 26, 2006 at 10:58 pm

    salah eja. si boncet! hahaha

     
  5. ashka

    September 27, 2006 at 9:32 am

    si boncet dan si toncet
    ahaha

     
  6. aj3k

    September 27, 2006 at 9:32 pm

    si luncai dgn labu-labunya.

     
  7. t.u-ty

    September 27, 2006 at 10:29 pm

    hahahhahaha

     
  8. Hazlina

    September 28, 2006 at 10:24 am

    serious ni. mana recipe? teringin dah nak makan.. ;p weekend ni nak buat… *hee*

     
  9. t.u-ty

    September 28, 2006 at 9:00 pm

    haz.. aku kan.. takde sukat2 ni. serius aku main campak je. tp recipe dia ala2 begini..

    250g daging cincang
    separuh paket macaroni (selalu satu paket tu 500g ke 300g?)
    1 bwg besar
    3 biji bwg merah
    1inci halia
    a dash of pepper
    1 kiub pati ayam
    3-4 biji bawang putih
    cheese – aku pakai yg murah je cheddar. bole pakai mozarella jugak. parmesan utk tabur atas pun bole
    3 sudu besar rempah kari
    2 sudu besar butter
    1 tin susu cair
    4 biji telur
    minyak masak

    cara2:
    1. masak macaroni – toskan and sejukkan, tepikan.
    2. masukkan butter dlm kuali panas, cairkan. tumis bawang besar sampai dia wangi2 then tumis daging cincang sampai dia masak. kena kacau selalu kalau tak nnt dia tak ‘sebiji-sebiji’. bila dah masak angkat tepi.
    3. guna kuali yg sama, masukkan minyak masa sikit je. tumis bawang putih+bwg merah+halia+pati ayam and pepper yg dah ditumbuk/kisar hingga naik bau.
    4. bancuh rempah kari dgn air sedikit lalu dimasukkan ke dlm kuali bersama2 bwg sekalian.
    5. tambah garam + gula secukup rasa.. bila dah sedap masukkan daging yg dah masak tadi – gaul sampai rata.
    6. masukkan susu cair, masa ni pastikan api kecil. kacau rata2 sampai dia panas and bubble sikit2. jgn sampai menggelegak. masukkan cheese. kacau sampaicair. tutup api.
    7. biarkan sekejap. sementara tu pukul telur dlm mangkuk lain. pastu masukkan dlm kuali. jgn hidupkan api sbb kita tak nak telur masak dlm kuali. masukkan macaroni sekali.- kacaurata. campuran ni mmg cair jgn risau.
    8. lastly tuang dlm casserole/baking tin yg dah dilengserkan dgn butter/minyak/marjerin- ikut suka. tabur extra cheese on top. yummmmy
    9. bakar. this is tricky because i really do not have any guidance. conventional oven boleh, microwave pun boleh.

    oven: 130 centigrade 30 mins. api bwh only.
    microwave: power level 50%, 30min.

    note: baking ni semata2 utk masakkan telur je. so kalau korang tgk cair2 je lagi, masak and check every 10 mins.

    insyaAllah jadi. sebenarnya kalau nk makan camtu je pun dah boleh. muak sikit la. just panaskan kuali masa masukkan telur.

     
  10. t.u-ty

    September 30, 2006 at 12:39 am

    hazlina.. happy trying. kalau tak jad tawakkal je

     
  11. Naja

    September 30, 2006 at 3:35 pm

    Thanks tuty for the recipe. Aku nak try jugak lah 😀

     

Leave a comment