RSS

opppss i found this in my draft! probably was written before kawin!

29 Sep

Sejak akhir-akhir ini, suasana hari-hari aku sangat berbeza. Rasa ingin menyanyi dan menari, setiap detik yg berlalu belum ada saat yg membosankan. Walau ada perbalahan, aku boleh hadapinya dengan senyuman, sikit pun hati ini tak termakan.

Di pejabat, aku melompat. Dalam kereta aku menyanyi dan bertepuk tgn ikut rentak lagu yg Aj3k berikan dlm cakera padat yg dibekalkannya. Nyaman, itu satu perasaan yg aku pasti aku rasakan. Hati tenang bila mengenang yg sudah, hati sudah tidak lagi gundah.

Nahh.. jika nak dipersoalkan tahap mencurahkan perasaan aku, kalian boleh ukur sepanjang pembacaan kalian yg kadang-kadang dan tenggelam timbul ini.

Tulisan ini utk aj3k tersayang.

Terima kasih atas persahabatan yg dah terjalin sekian lama. Sejak mula jejak kaki di UTM. Walau ketika itu, kita tak tahu tentang apa-apa. Jakun dgn budaya kampus, dgn saya yg sangat segan dgn lelaki, tapi saya senang dgn kamu.

Kamu yg malu, walau kamu lelaki. Saya mahu, tp saya lebih malu. Saya diam dan hanya senyum setiap kali kamu berlalu merah padam ajak saya teman berjalan pulang ke kolej. Nak cerita setiap satu, panjang. Tapi saya ingat kamu buat tak kisah tika pulang dari perpustakaan, buku kejuruteraan yg bertingkat-tingkat di tangan saya. Berjalan turun bukit dan turun tangga. Sikit pun kamu tak pelawa tolong angkat waima sebiji buku tebal 2 inci. Tapi entah, hati senang walau saya kena kutuk dgn kawan-kawan keluar dgn awak yg tak tolong angkat buku. “Dia tak tolong langsung?” tanya kawan-kawan. Aizec, seorang kawan yg menyenangkan.

Saya tahu ramai terluka hati bila saya berjalan dgn kamu. Sbb kamu guna taktik keji, kamu kata kamu dah ‘kawan’ dgn saya sejak bangku sekolah lagi. Tipu betul, saya sekolah di Seri Puteri yg tak punya teman lelaki. Mereka berlalu kerana saya kononnya sudah berpunya (arghhhh demm demm demm!!!) hahhahaha

Kamu, berkelakuan comel semasa mengurat saya. Sungguh tak tipu. Dgn kepala botak dan kadang2 lurus bendul bila kena tipu dgn saya yg lagi selalu kena tipu dgn kamu. haiiiiii

Spjg hampir 8 tahun berkawan, tidak benarlah jika kami tak pernah rasa bosan. Mmg pernah. Saya tahu walau jika kamu tak pernah berkata, sbb saya pernah rasa. Satu relationship yg stagnant. Nak dilepaskan sayang, tp nk teruskan tak boleh nak dibayang.

Setiap kali yg bosan tu la dugaannya, subhanallah. Paling besar thn lepas. Di sekitar Disember ini la saya katakan pada dia, saya sudah tak punya teman lelaki kerana teman lelaki saya yg sebenarnya sudah hilang. Saya katakan itu dgn hati tenang tanpa apa-apa pengaruh alkohol atau dadah. Saya benar-benar sihat, mungkin mental yg mereng dek panahan dugaan yg menimpa.

Aj3k kembali menjadi sahabat. Sekadar sahabat, aku simpul mati dlm hati. Dia jumpa mama dan ayah, itu yg buat saya lembut hati utk kembali bersahabat.

Doa dan solat tak putus bila aku mencari jawapan. Walau pertunangan sudah dirancang, tp saya berat hati. Pernah saya bertanya pada mama,
“Ma, betul ke ni Tuty nak tunang?”. Mama diam, berikan ruang kosong sebagai jawapan.

Dugaan masih ada, saya belum ikhlas menerimanya. Atas doa kita, atas usaha dia, atas perkenan-Nya, atas keredhaan ibu bapa, atas nasihat keluarga dan atas kasih sayang kami berdua. Saya terbuka hati utk terima aj3k kembali pada ulang tahun kelahiran ke 25, 22 mei 2006. Saya menitiskan air mata bila Dia yg Maha Esa bukakan hati, tunjukkan pada saya yg Zairul Aizec orgnya. Dlm tempoh 2 minggu, saya bertungkus lumus siapkan barang utk pertunangan. Hati sudah melonjak. Saya bersyukur kerana sudah ketemu jawapan.

Aj3k cukup sabar, cukup tulus, cukup senyum, cukup tenang bila bersemuka dgn rentak saya yg tak punya ritma. Kalau kalian kenal aj3k, dia cepat melenting. Sepanjang setahun ini, kami kenali hati kembali, menangkan perasaan, mengalah bila tak perlu menang. Saya lebih gembira jika dibandingkan dgn suasana dulu. Lebih menghargai aj3k yg ada di hadapan, dari mengharap dia menjadi lebih sempurna.

Walau dia pelupa, tapi dia tak kisah kalau diingatkan. Walau dia keras hati, tp dia tak menolak utk berbincang. Walau dia pemarah, tp dia pemaaf. Walaupun nampak dia comot, tp dia pembersih.

Yang penting, dia tetap menjadi sahabat yg sangat baik. Berkongsi tawa bila senang, berkongsi bahu bila saya perlukan seseorang utk bersandar.

“This is my best friend”

 
8 Comments

Posted by on September 29, 2007 in simply random

 

8 responses to “opppss i found this in my draft! probably was written before kawin!

  1. Lady K

    September 29, 2007 at 11:43 am

    wah.. entry jiwang yg best!😀
    musim ke ni? aritu Aishah Mak tulis for his Kamal😛
    semoga berbahagia sentiasa sampai ke ahir hayat🙂

     
  2. shera

    September 29, 2007 at 3:18 pm

    k.tuty!!
    so shweeettttt =)

     
  3. lutfi

    September 29, 2007 at 3:27 pm

    bole print ni letak kat papan kenyataan😀

    so camne? harap2 baby/you ok.

     
  4. t.u-ty

    September 29, 2007 at 9:17 pm

    kamilla: haha jiwang la.. ni thn lepas masa nak dkt2 kawin rasanya. entah pasal apa selama ni tak publish pastu aku tak nampak dlm draft. tetiba hari ni nampak. takde nye musim2.. aku kluar spital jiwang la jugak husband jaga siang mlm.🙂 hahahhaha..

    shera: hihi mode jiwang ni bukan selalu😛

    lupi: kau nak letak kat papan mana? ruangan cari rumah sewa? hhahhaha aku ok, insyaAllah baby pun ok. cuma aku kena kurangkan pergerakan takut kalau2 baby rasa seronok aku active pastu dia nak join aku skali. aku byk rehat. byk sangat rehat sampai aku restless.

     
  5. litium

    October 1, 2007 at 1:04 am

    wow. the very the sweet. i like~!

     
  6. hyunck

    October 1, 2007 at 2:52 pm

    waa.. tuty… sweetnyer….

    nih yg buat rasa nak bercinta semula nih… ahahha… :P~

     
  7. tirokwifey

    October 1, 2007 at 3:18 pm

    best best..
    korek lagi draft box ko.. aku nk baca lagik

     
  8. نورنانا

    September 26, 2008 at 8:19 am

    sweet giler.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: