RSS

proses menyelesaikan masalah

07 Oct

semalam di rumah ibu mertuaku, diadakan majlis tadarus-khatam quran-buka puasa-terawikh. fungsi aku disitu adalah utk duduk shj. tolong sikit-sikit mana yang tak memerlukan kaedah berdiri yg lama. nasib baik ada kusyen empuk yang selesa ditambah lagi dgn cuaca mendung berangin semalam. nyaman betul tanpa bau masam peluh mengalir seperti hari-hari panas sebelumnya.

semasa jemaah berterawikh, aku duduk di luar memerhatikan gelagat kanak-kanak yg belum mumayiz sambil temankan aqilah mkn laksa johor. gelagat 2 kanak-kanak lelaki yg seorang bijak dan  seorang lagi lebih bijak. mereka berkonflik perebutan kuasa atas kerusi plastik yg telah disusun, 2 kerusi dan 4 kerusi. yg tembam kecewa dan tercabar kenapa si kurus dpt duduk di kerusi yg lebih tinggi. pelbagai helah digunakan agar si kurus itu turun. kelakar!

“jom tgk kucing?”
“eh tadi kat situ ada katak, nak tgk?”
“alaa jom la masuk dlm”
“eh tu mummy awak panggil”

si kurus ni ternyata tak tertarik dgn ajak tembam. si tembam merajuk berlalu memasuki rumah. sambil berjalan, dia melirikkan mata sambil berkata dlm hati, “bila agaknya dia nak turun“.. kaedah psikologi! kononnya nnt si kurus tak ada kawan, pasti dia akan ikut si tembam masuk ke rumah.

seminit berlalu, si kurus masih leka mengambil angin dingin di luar. aku nampak tembam menyorok di belakang pintu dan mengintai, melihat agak2 adakah si kurus sudah pergi? ah ternyata tidak! dia buat muka selamba cool, menyapa si kurus secara jujur.

“awak turun la duduk kerusi tu, kita nak duduk yg tinggi!”, merayu berkali2 menolak2 si kurus. si kurus bertahan buat seketika sambil ketawa kecil.

aku dan aqilah ketawa sambil pegang perut. akhirnya dia mengaku dia cemburu!

si kurus turun, cepat2 si tembam nak panjat naik.

“turun dulu, kita buat dia sama tinggi,” kata si kurus.

dgn ketinggian yg tak sampai 1 meter, terkedek-kedek dan terjengket-jengket mereka nak tanggalkan 1 kerusi dari 4 susunan tu. tatkala itu suamiku yg busuk belum mandi sbb terlalu sibuk keluar dari pintu blkg. aqilah menjerit memanggil abangnya.

“abang, tolong diorg ni tanggalkan 1 kerusi”

masalah pun selesai, kerusi yg ditanggalkan dari 4 susunan  tu, si kurus dan si tembam angkat dan susun bersama menjadikan 2 susunan 3 kerusi.

mereka sama-sama duduk, lalu si tembam berkata,

“ehhhh kita sama tinggi laaaa.. kita dgn awak dah sama tinggi!!”

lalu si tembam ketawa terbahak-bahak tanda gembira, memaut bahu si kurus tanda persahabatan.

senangnya masalah mereka.

 
3 Comments

Posted by on October 7, 2007 in simply random

 

3 responses to “proses menyelesaikan masalah

  1. Lady K

    October 7, 2007 at 5:34 pm

    ala kiutnyeeeeeeee..

     
  2. shera

    October 8, 2007 at 3:44 pm

    Itu masalah budak umur 7/8 tahun mungkin?🙂 kalau umur 17/18 tahun? 27/28 tahun? huhuhu

     
  3. t.u-ty

    October 8, 2007 at 10:26 pm

    shera: saya rasa diorg 5-6 thn, sesuai la dgn umur diorg. tp kalau difikirkan, bkn semua budak sebaya diorg tu boleh tolerate dan beri penyelesaian yg boleh diterima bersama. percayalah, kalau saya, saya masih nak kerusi yg tinggi tu dari sama2 punyai ketinggian yg sama.

    kamilla: klau kau tgk, cute gila! ralit tgk diorg bercakap mcm org dewasa.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: