RSS

Adam Zufar Zakwan

24 Oct

dsc_8121.jpg

Nama Penuh : Adam Zufar Zakwan bin Zairul Aizec

Tarikh Lahir : 18 Oktober 2007

Hari : Khamis Malam Jumaat

Jam : 1158pm

Tempat Lahir : Hospital Penawar Pasir Gudang

Assalamualaikum kawan-kawan. Sekarang ini, barulah saya mempunyai sedikit kelapangan masa untuk melayari internet. Alhamdulillah, semua telah selamat. Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan seorang cahaya mata kepada kami. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran saya, kesakitan yang dialami oleh Pn. Tuty sehinggalah saya menemankannya di dalam bilik bersalin. Indahnya perasaan ketika itu apabila melihat seorang bayi lelaki telah lahir ke muka bumi ini. Insaf. Itulah perkataan yang mungkin paling sesuai untuk menggambarkan proses kelahiran ini.

Buat masa ini, Adam telah di masukkan kembali ke hospital kerana tahap jaundice yang tinggi. Sehingga pagi ini, alhamdullillah Adam semakin pulih. Sejak Isnin lalu, setelah Adam di tahan di nursery, saya dan tuty amat merinduinya. Kadang-kadang terlintas juga kesedihan kerana setelah 4 hari berada di sisi kami, Adam di masukkan semula ke hospital. Kami dapat membayangkan bagaimana perasaan ibubapa yang kehilangan anak, yang risaukan anaknya sakit.

Sedikit peringatan kepada kawan-kawan semua yang baru berkahwin dan baru merancang keluarga. Semasa mengandung elakkan daripada mengambil ubat-ubatan yang tidak disyorkan doktor, homoepati dan jamu-jamu. Begitu juga selepas bersalin. Ini semua kaedah orang terdahulu. Percayalah pada perubatan moden sekarang ini. Makan makanan yang berkhasiat. Dan juga ingat, TIADA PANTANG.

Kepada semua, doakan Adam semoga cepat sembuh. Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang ke rumah ; Hanim&Tirok, Nanad & Azri, Peek & Anur, Jimok&Isteri.Tidak lupa juga yang datang beraya 2 hari sebelum tuty bersalin ; Capao, Indra, Buaya&Manja&Amani. Terima kasih kawan-kawan.

Salam Aidilfitri dari Aizec sekeluarga.

 
22 Comments

Posted by on October 24, 2007 in simply random

 

22 responses to “Adam Zufar Zakwan

  1. tirokwifey

    October 24, 2007 at 5:52 pm

    Aku mmg ter-tunggu2 bila korang nk publish pic Adam. So cute! Wajah yg sgt aman. Bestnya ada baby, nk jugak!
    Syukur sgt tirok extend stay kt jb, kalo tak mesti tak termasuk golongan early bird yg dpt tgok Adam ;p
    Tuty+Aizec, selamay menempuh alam tak tidur malam!

     
  2. aishahmak

    October 24, 2007 at 6:53 pm

    Aizec and Tuty, tahniah! I like his name. I like his pose.

    Semoga baby Adam cepat pulang semula ke rumah.

     
  3. litium

    October 24, 2007 at 7:15 pm

    ajek & tuty! congrats!! very the cute laaaa wei adam! comel la comel la

     
  4. nik

    October 24, 2007 at 7:33 pm

    bro,anak ko comel…congrats!insyaallah everything will be fine…doa byk2…sabar byk2…

     
  5. Tisha

    October 25, 2007 at 2:22 am

    OMG, comel nyeh Adam!!!
    Tuty and Ajek, congratulations!🙂

     
  6. lutfi

    October 25, 2007 at 7:53 am

    AZZZA.

    ikut muke sape byk?
    Congratulations. nanti jemput2 la bile akikah tu. nak makan kambing.

     
  7. shera

    October 25, 2007 at 8:41 am

    k.tuty!!!
    OMG comel bangat! pandainye dia pose tido gitu😉
    err…i believe adam baru berusia 8 hari..can be dat big and cute?

     
  8. nurhamizah

    October 25, 2007 at 9:55 am

    kak tuty, congrats on your new born! baby sangat comel!!

     
  9. arina

    October 25, 2007 at 11:49 am

    tuty n aizec,
    congrats. cutenya bb!

     
  10. alysha

    October 25, 2007 at 1:17 pm

    Congratulations Tuty & Aizec!
    He’s soooooo adorable

     
  11. Lady K

    October 25, 2007 at 2:12 pm

    aisey aku jugak yg blom smpt lagi pegi melawat adam.. comelnyaaaa.. cuteee!!!
    selamat menempuh alam keibubapaan🙂

     
  12. athirah

    October 25, 2007 at 10:31 pm

    k.Tuty..comel nya adam..congrats to u and your husband! :0

     
  13. shera

    October 25, 2007 at 10:46 pm

    k.tuty, saya grab gmbr adam and ur husband words and paste at my blog…ampun dipinta ya? tak mintak kebenaran terus ambil..huhuhu

     
  14. mooke

    October 26, 2007 at 3:36 am

    panjangnya nama budak ni! tahniah!

     
  15. t.u-ty

    October 26, 2007 at 12:26 pm

    thx korang semua~!!
    yes, he posed like tht almost all the time!
    nama dia pjg sbb mama dgn daddy dia tak nak bg dia duk blkg masa xm.. hahaha.. mula2 nk letak zufar zakwan je. tp daddy dia nk ‘adam’.. aku nk jugak letak zufar.. jd pjg la!

     
  16. liyana

    October 27, 2007 at 3:19 pm

    xder aper yg bley dikatekan..
    ADAN IS REALLY CUTE!!! mcm mummy and daddy dier1!!

     
  17. litium

    October 27, 2007 at 7:52 pm

    tuty & ajek,
    hahaha kau tanak adam dok belakang masa xm eh?? kekekeke. aku baru je nak cakap. lalala~

     
  18. Lady K

    October 27, 2007 at 10:32 pm

    adam boleh geng dgn adiman duduk depan.. klu masuk UTM mesti dpt duduk seksyen yg sama hahahaha

     
  19. litium

    October 28, 2007 at 10:21 am

    yosh!!! terbaik dok depan ngan adam

     
  20. aj3k

    October 29, 2007 at 6:13 pm

    adam selalunya terbaekkkk!!!!!
    di gabungkan dengan uncle adiman, lagi terbaekk!!

     
  21. peaceza

    November 1, 2007 at 6:29 pm

    tuty congrats dapat baby dah ko….
    hahah msti jenuh adam nak tulis nama time exam nnti

     
  22. yana

    November 10, 2007 at 8:17 pm

    Well, pantang eh..hehe.. Yup, true, takyah pantang2 sgt but jgnlah tak pantang langsung meaning, jgn makan yg sejuk2, yg gatal2, angin2.. nanti baby gak yg sakit perut.. shian baby.. And, ingat gak badan mamanye nak guna lama kan.. So, guna yg baru tp jgn lupakan terus yg lama ..
    Tahniah dari kami sefamily😀 Adam so putih!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: