RSS

Dear Husband

23 Dec

it hits 1 year

happy anniversary

🙂

**

bukan pejam celik sahaja untuk sampai ke tanda ‘satu tahun perkahwinan’ kami. keputusan untuk melangsungkn perkahwinan tahun lalu sudah untuk membuat aku bersedia dgn kehidupan sebagai seorang isteri, namun aku sedar aku bukan seorang isteri yg sempurna yg mana makan dan pakai suaminya sentiasa terjaga. acapkali juga aku meminta maaf kerana tak sempat masak dan sediakan pakaian suami.

memasak bukan minatku lebih-lebih lagi apabila aku mabuk bau minyak bila mengandung. entahlah, mungkin malas lebih dari mabuk. dah habis berpantang pun aku malas-malas lagi nak masuk dapur. mengemas, lagilah aku gagal kerana suami lebih dominan bila dia membuat keputusan utk mengemas (walaupun keputusan itu sesekali dalam bulan biru).. haha

berminggu-minggu aku plan utk masak itu dan ini buat sambutan ulang tahun perkahwinan. sibuk melayan anak yang tak mahu tidur malam buat kami letih, pelbagai kaedah dilakukan supaya ia tidur.walau mata adam sudah hampir tertutup, tp hakikatnya dia tak tahu nak tidur.. kadang2 aku gigit juga pipi dia yg mungil tu.

hajat nak memasak ‘yg best-best gile’ mmg aku suarakan kepada suami beberapa hari, sbb aku tahu aku tidak mungkin berkesempatan ke pasar sendiri tanpa dibontoti oleh si adam yg hanya tahu senyum, nangis, makan dan tidur. tiada kejutanlah tahun ini ya, aku mengaku awal-awal. suami membalas dgn senyuman. sejuk rasa hati.

pagi 22 disember, kami bangun pagi keletihan seperti biasa kerana adam merengek tak dapat tidur mlm itu. ke rumah ibu mertua utk berikan daging dendeng kegemaran aku dan suami, sudah lama dia teringin. semalam, kami masak daging yg leceh itu.

“happy anniversary”

kami berpandangan. “ya Allah, kita lupa!!”

“Adam la ni!!” diiringi gelak ketawa dan kami malu sendiri. Andainya kami tak ke rumah mummy, sampai malam la kami tak tahu kami dah melewati tandaan satu tahun itu.

haii adam adam..

 
6 Comments

Posted by on December 23, 2007 in simply random

 

6 responses to “Dear Husband

  1. nannoor

    December 24, 2007 at 12:44 pm

    yah, selamat anniversary utk kamu berdua.
    jgn lupa, anniversary kami berdua juga sama. 23/12/2007.
    =)
    sungguh, tiada yg spesel tahun ini. tiada juga yg surprise. mungkin sebab ternanti2 hadiah paling bernilai yang masih belum lagi tunjuk tanda nak keluar.
    heeehee

     
  2. aj3k

    December 24, 2007 at 1:20 pm

    tq nannoor.selamat jua ke atas kamu berdua.

     
  3. lutfi

    December 24, 2007 at 3:24 pm

    eh aizec rajin mengemas ke.. ni fakta ni kene check balik ni..

     
  4. t.u-ty

    December 24, 2007 at 5:20 pm

    “mengemas, lagilah aku gagal kerana suami lebih dominan bila dia membuat keputusan utk mengemas (walaupun keputusan itu sesekali dalam bulan biru).. haha”

    lupi: baca tu.. sesekali dlm bulan biru.. once in a blue moon. hahha

     
  5. tirokwifey

    December 26, 2007 at 12:51 pm

    tuty+aj3k> happy anniversary!
    aku syiok sgt menikmati holiday sampai terlupa nk wish kowang! hihihi

     
  6. shera

    January 3, 2008 at 6:26 pm

    cepatnye dah setahuuuuunnnnnnnn…….
    congratulations to both of u!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: