RSS

mentol dlm awan

23 Feb

Malam tadi kali pertama membawa Adam ke majlis. Dia behave, sbb dia demam jadi dia tak ada mood utk bermain. Senyum pun cuma setakat memaniskan muka. Baik anak aku ni.

Tapi bila dia mengantuk tu la masalah. Aku nak tidurkan, time tu la org ketawa. Tapi nak buat mcm mana, majlis nikah yg dihadiri oleh sanak saudara pasti dipenuhi dgn gelak tawa dan senda gurau. Mana syiok family gathering diam je. Aku tak salahkan mereka, aku geram Adam suka sgt tgk lampu walaupun dah mengantuk. Terpaksa la didukung ke sana sini, bertukar2 tgn. Tapi dia cuma akan selesa bila dgn mama, daddy atau cik ani. Dah tidur, dia terus lena, tak endahkan suasana keliling yg bingit ketika majlis berinai bersama keluarga rapat. Dah past midnight dah.

Entah pagi pukul berapa Adam menjerit menangis. Susah betul nak pujuk. Aku terpaksa bangkit dari katil kerana dia teresak-esak. Dia demam semula. Tersedu-sedu dia menangis. Aku dah susah hati. Pujuk sekejap, baru dpt nak susukan. Kesian dia, demam.

Malam ni majlis resepsi. Aku dah buntu, naluri keibuan aku menggesa utk tidak membawa Adam. Majlis bukan dirumah, mcm smlm pasti akan buat aku tak keruan bila Adam mengantuk. Mana nak cari spot yg senyap, speaker pasti sekuat paluan gong.

Pagi-pagi mama telefon, “Ayah at KL ni, mama tak pergi agaknya mlm ni”

*muncul mentol lampu dlm awan*

“Kalau Tuty nak tinggalkan Adam dgn mama pun takpe, tapi jgn lupa susu”

*mentol lampu bertukar jadi “YES!”*

Adam tidur la ye dgn atuk. Sian mama tgk Adam.

 
Leave a comment

Posted by on February 23, 2008 in simply random

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: