RSS

of sewing

01 May

baru sehari cuti umum aku dah fikir mcm2 apa nak buat weekend ni. esok kena kerja walaupun sebenarnya kilang tutup, bg cuti lebih.. kena kerja sbb esok nak kena ship barang ke jepun. uwekk.. aku kepenatan semalam mengejar barang ni sana sini. biasa la production baru jalan, kuantiti sikit, satu kompeni nak kejar, buat testing pelbagai. terpaksa la aku merayu kat department lain bg aku sebilangan yang diorang dah amik awal. menyusahkan betul. tapi takpe, itu namanya ada kerja, mcm tu la cari rezeki. kalau duk melangut tgk dvd je, aizec pun hangin dgn kerja aku. hahahahha

mama dulu selalu pesan, “perempuan kena tahu jahit”.. mama explain masa tu, mana tau kalau nnt masa depan kita tak tau, mana tau kita jadi susah. kena berenti kerja pastu takde sumber pendapatan lain. sekurang2nya boleh menjahit. walaupun aku malas, aku iyakan je apa mama ckp. betul, sampai skrg aku tak pandai potong baju kurung aku sendiri sbb aku malas nak belajar mcm mana. sbb aku rasa mcm susah sgt nak masuk kepala aku. mama ajar potong sana sini, aku jadi lost. pastu give up mcm tu je.

aku mula jahit baju sejak kecik. paling tough masa lepas upsr, mama ajar mcm mana nak buat ‘tikam leher’.. org johor kut ckp mcm tu, maknanya nak buat tulang belut utk leher teluk belanga (kurung johor) tu. sgt tedious, tp aku suka. mama suka aku buatkan tulang belut utk baju kurung dia. sbb aku buat rapat (tp lembab gila!).. adik aku suka buat leher dia pakai mata lalat, besar2 sikit, tp cepat. aku tak pandai buat mata lalat, adik aku tak pandai buat tulang belut, so fair la kan? kalau raya, leher lelaki2 je pakai tulang belut sbb org lelaki tak pakai mata lalat, pelik kata mama. yg baju perempuan ni, adik aku la yg langsaikan. tp lepas kawin, haram satu leher pun aku tak buat. thn lepas aku bersalin time raya, masa mengandung malas gila menjahit. jahit langsir rumah je. hahahha sampai bleeding masa 8bln, masuk hospital pastu MC 2 minggu!! aizec dah cuak gila. aku syiok la.. syiok apa.. ponteng puasa sampai setengah bulan!

aku plan nak buat baju raya (aku buat awal sbb aku lembab) utk adam dgn aizec. tp kain pun takde. aku duk fikir mcm mana la aku nak budget saiz adam nnt. ptg tadi dpt idea, beli baju budak setahun (12-18mth) pastu  measure dari situ.

mana nye mei tai aku nak jahit ni?

berangan la tuty!.. kedai kain pun aku tak pegi agi.

 
3 Comments

Posted by on May 1, 2008 in simply random

 

3 responses to “of sewing

  1. chech

    May 2, 2008 at 3:23 am

    I remember you sitting behind your bed when we were in form two… sewing baju kurung for raya. I’m still impressed.

    Impian aku tu… belajar jahit baju kurung, baju melayu and langsir. Tapi, langsir bodoh je la. Ropol2 wa malas.

    Memangla syiok kalau jadi full-time housewife. Cuma nak ada financial stability dulu kan.

     
  2. ايزيچ

    May 2, 2008 at 12:38 pm

    ohh…tuty ni mmg rajin la time skola2 dulu?
    hihi.

     
  3. lutfi

    May 3, 2008 at 3:46 am

    aizec pun rajin gak time skola dulu hahaha

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: