RSS

tergendala sebentar

29 Sep

ajek pegi kluar, harap2 tak jumpa ciki. dia pegi jumpa geng tembak menembak dia. diorg nih, dah nak raya pun sibuk2 lagi nak meeting2 sahur ni. aku gigit kang. aku ni je yg terkial2 kat rumah..

patutnya tgh kukus kek. tp aku rasa mcm hampas je mlm ni sbb aku nak jahit kocek baju melayu senget benget. nasib la adam, mama dah nak give up ni jahit kocek adam.. rasa nak nangis pun ada. ajek, awak sanggup tak pakai baju melayu tanpa kocek?

4 pasang baju, itu la projek raya aku. 2 pasang adam punya, sepasang ajek and sepasang aku. mmg challaging giler la. ni first time sepanjang sejarah aku menjahit dari kecik yg cuma jahit kelim, djh 6 tulang belut, form 3 sambung baju.. pastu takde kemajuan.. dah kawin potong kain sendiri, siap try design baru yg tak pnah jahit pun. maka pahamlah aku kenapa mama sakit bahu tiap kali raya.. aku pun tak paham, jahit menda lain tak pulak sakit bahu.. jahit baju kurung/melayu, amboiii menyucuk2..

lepas raya ada projek lagi. tp aku ni selalunya hangat hangat taik ayam je. tp tak nak la kan.. harapan nak berenti keje mcm kabur je. aku follow up last saturday, pengarah urusan dia masih check new recruitment list. aik.. lambatnya. ye lah, MD mmg la selalu tak duk opis.

aku takde hati dah nak keje. sebenarnya aku dah hilang respek kat bos aku. banding dgn bos sblm ni, at least ada benda yg kita bole share dgn dia, bos kali ni.. dah la gatal, miang, takde sikit pun sifat kekeluargaan. punya la org benci bos aku ni, sampai anak dia pun jadi bahan cakap org. nauzubillah mintak dijauhkan aku tergolong org mcm ni. satu kompeni tau kenapa dia naik cepat gila.. dia rajinnn sgt buat keje, tp bukan keje dia, keje2 yg buat jpnese nampak dia buat keje. responsibility dia, dah dia sangkut kat org lain. selalunya aku nak endorsement/pendapat dia, dia selalu delay mcm tu, or biarkan aku buat keputusan sendiri, which aku tak boleh buat utk level aku. aku tak nampak keperluan dia sbg bos aku, sbb aku report direct kat bos lain. bole gitu? tp dia akan marah if aku buat pape without tanya dia dulu.

bila aku tanya dia, takde jawapan.. baik aku takyah tanya kan? bukan sekali dua, setiap kali! urghh apa aku mengumpat si kel!ng tu bulan puasa nih. aku rasa hari isnin naik keje tu, nak serah surat letak jawatan (tp ajek tak bagi).. hahaha. encik, saya nak berenti sbb saya rasa saya tak boleh lgsg keje dgn encik.

aku dulu kat sekolah, tak tau kenapa aku nak jadi jurutera. pikir balik, aku ni cuma bagus dlm subjek maths je.. maths shj! bio, kimia, fizik biasa2 je.. maths dgn bahasa. tp BM tu, selamba je la kan. org lain pun bleh.

aku menjahit pakai maths, sampai kadang2 aku buat simple equation kat pattern. pjg pesak = (x-y) + 1, x=pjg baju, y=lebar lengan. equation nak jahit langsir mcm kat rumah mummy belum dpt lagi. aku belum study.. tp tiap kali nampak langsir, aku pikir.

pastu keje skrg, takde pakai maths lgsg. hahahah aku nak jadi cikgu maths la. bukak tuition classes kan?

 
1 Comment

Posted by on September 29, 2008 in simply random

 

One response to “tergendala sebentar

  1. Siti

    March 1, 2011 at 8:46 am

    Mmm… relax. Hiburkan hati jap dengan pantun kelakar pasal bos, hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: