RSS

14 Nov

aku belum mandi.. tak busuk. percayalah. hujan renyai2 kat luar. sejuk merinding sampai pucat tapak kaki. musim hujan sekarang, memudahkan aku tidur lena. tengah malam terjaga, berebut selimut dgn ajek dan adam. selalunya, kemenangan berpihak kepada aku dan adam, meninggalkan ajek bergomol dgn kain pelekat. ha ha ha gelak cara shin chan.

kompeni tempat aku kerja dah melancarkan struktur ‘penghargaan kepada pekerja’ hasil dari projek inovasi HR. tiada lagi bonus gedebak gedebuk buta-buta sorang boleh dapat sebulan gaji. sistem KPI dilaksanakan berkuatkuasa bulan 10 lepas. dah kuat kuasa baru bagitau. walaubagamanapun, bonus thn ni masih dapat hingga bulan 9 sahajalah. ok, aku suka KPI tu. tp kalau diorg nak nilai aku sekarang, aku dan akwan2 dapat beberapa butir telur ayam je lah. takde kerja. sungguh. duduk rumah update blog lagi produktif.

bagusnya, start akhir bulan ni, pekerja berposisi eksekutif dan ke atas (hingga ke penolong pengurus! isk tak patut!!) layak utk claim OT! yeay yeay yeay yeay tiada limit! selama ni buat kerja free je. alhamdulillah, boleh la cover lubang sana sini dalam poket.

esok ada projek khidmat masyarakat. tak wajib, tapi aku suka nak pergi bawah nama kompeni. harap esok tak hujan, jadinya tak perlulah basah2 nak pungut sampah.  beberapa rakan sekerja membantah idea ini sebenarnya. kenapa tak mula dari akar umbi? dari kawasan syarikat sendiri. hentian bas depan bangunan tu, sampah bersepah-sepah sebab tak ada tong sampah. mcm mana org nak buang sampah dgn teratur?

masyarakat malaysia ni, kotor sangat ke? sampai sampah depan rumah/keliling lorong kena panggil org tolong pungutkan? mentaliti kebersihan pun nak kena sedarkan. kalau kanak2 iyalah, kena semai. kalau org dewasa? sampai kes denggi pun tinggi? sendiri mau ingat la.

 
2 Comments

Posted by on November 14, 2008 in simply random

 

2 responses to “

  1. mrs noba

    November 16, 2008 at 5:39 pm

    hi tuty!!!
    hihih..returning your silent visits!🙂

     
  2. tuty

    November 18, 2008 at 12:32 am

    heheh.. thanks!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: