RSS

long weekend

29 Dec

panjang weekend nih. tp dah hari isnin dah, i have another day of cuti tomorrow. boleh nak pergi keje, tp bila fikir aku pun susah nak amik cuti, so aku cuti je la. keje tgh banyak sgt skrg ni. no, i am not complaining pasal workload yg tak boleh nak handle skrg, aku cuma hope ada extra hands kat opis.

abaikan citer kat opis.

jumaat lepas pergi majlis aqiqah utk anak kazen aizec.. hmm dua pupu adam la kiranya. adam dah the only boy la utk generation dia. dah ada geng dah. nama dia something something something.. panggil syahmi. hahah sorry la tak ingat nama dia apa. so gebu. 3.9kg baby. huiii geram betul tgk newborn. i feel like to have one too.. hahahha minus the pregnancy, can aa? i cannot bring myself to think of being FAT again. urghh.. adam dah setahun baru aku dpt berat asal. hahahha but being pregnant is wonderful, kan?

i saw the baby being fed by bottle. i was thinking, maybe its EBM. then i asked her, the mom. “breastfeed tak?”, “campur2, susu tak kluar. so i pumped”.

then i went to mkn cepat2, sbb nak jumpa dia balik. “bagi je baby direct. sbb pump dgn baby’s suckle, mekanisme dia lain”.. dia kata sakit. then her MIL said, kalau tak bagi laagi sakit. yes its so true. tp takat tu je la aku dpt nak advise dia. takpandai nak advise. lagipun org tgh ramai, aku tak selesa pulak nak ajar dia. i think dia nak BF, she just dont know how. dia ada tanya whether i went for BF classes or not. then i told her tht i only learn from reading, frm books and internet. tanya2 tu, aku tanya kat k.lela kat ofis, the only mom iknew who exclusive BF for first 6mo kat kilang. yg lain maybe ada, tp aku tak tau.

heheh my husband is also pro-BF. selama ni tak perasan sgt.. ingatkan dia tak kisah sgt. rupanya dia concern jugak.😀 la la la la.. biasa la jumpa makcik2 and all, i’ve been asked for adam’s developement. “dah jalan dah?”

on the saturday, i went shopping at AEON Tebrau City, alone!  aku suka pegi sorang. heaaaaaven!!! no one waiting for me while i suka-hatinya masuk ke kedai satu persatu.. i walked 4hrs non stop. ngeee😀 dah lama tak buat camtu

semalam pulak my youngest SIL pergi PLKN. luckily dia dpt kat Tangkak. tak la jauh sgt kan. dia tak nmpk sedih pun. maybe sbb dah biasa duk hostel. maka beramai2lah kitorg hantar ke stadium p.gudang. mak aiii panasnya nak tunggu bas gerak. pokok ala ciput2 je. pokok ru nak harap teduh, hahahha.. again, “adam kenapa tak jalan2”

aku tau adam akan jalan.. lambat je. dia nak merangkak pun 10bulan baru nak merangkak. so i kasi can la sama ini boy. other thn that he is perfectly normal!! part jalan je. dia tak nak melangkah bila biar dia diri. i guess he afraid to hurt himself. he can hurt me, biting me all over. but he cannot hurt himself. doesn’t tht means he’s smart? hahaha pujuk la diri mama.. he could turun katil sendiri these days. membuatkan aku suuuuuuuuusah nak tdokan dia. asal naik katil, dia turun. asal naik, dia turun. pastu saje2 main jatuhkan badan atas bantal la. ya Allah playful sungguh skrg. cuma cuma.. cuma tak nak jalan je. tp kalau tatih, laju je sampai playground.

today we woke up at 6.30-ish. awal la tu utk satu hari tak bekerja. niat nak pegi shooting2 gambar kat istana garden, then pegi zoo. siap2 je, tiba2 hujan turun dgn sebegitu lebat. tak pe la. kluar je, hoping JB tak share weather dgn pasir gudang. sampai JB, sarapan je la. dah hujan. tp hujan lebat kejap je. around 9 gitu dah reda. so plan diteruskan.

dah abis ke zoo, aku masih bersemangat nak pegi AEON Bukit Indah yg baru bukak. hahha pegi la. muka ajek dah senget tiga suku sbb penat. adam ok je, sbb duduk stroller (sometimes he refused to be duduk in MT these days). boleh tahan la tmpt baru, tp byk kedai tak buka lagi. byk kedai yg takde kat AEON lain. so, mmg ada plus point-lah! the jusco supermarket punya susunan pun lain. but we did not lepak lama2 pun. mr driver penat. even ajak mkn pun tak nak. aku risau takut adam lapar balik rumah.

thanks to my husband yg sanggup melayan kitorg pegi zoo.. nway aku yg nak sgt pegi. dah plan sejak adam baru lahir. hahahha “nnt bila adam dah setahun kita pegi zoo eh”.. masa tu dlm kepala aku zoo singapore. tp apakan daya, suami dan anak i takde passport. so pegi je la zoo johor. murah pun murah, RM2 je. berbaloilah dgn nilai tu.. if you get what i mean.

apa yg aku risaukan itu sgtlah menjadi kenyataan. bila adam lapar dia cranky dan tak bg mama buat apa2. tp sbb dia lapar, aku terpaksa pekakkan telinga je la. siap je suap nasi. terus happy. terus main dgn saaaaaaaaangat efektif…

ok adam.. now you better sleep sampai esok ye. esok pagi if tak hujan, kita pegi main kat playground. nak pinjam kete daddy la, esok mcm nak pegi beli brg dapur. tunggu daddy balik keje lmbt sgt dah.

Kelik di sini utk gambar kami smlm.Thanks to Trisno (Trisno Fotografi).

 
7 Comments

Posted by on December 29, 2008 in simply random

 

7 responses to “long weekend

  1. aishahmak

    December 30, 2008 at 6:28 am

    Tuty, bila teknik yang salah menyebabkan cracking, memang rasa nak stop breastfeeding. Tapi, in my case, kuat semangat sebab doktor refused to recommend any formula bila aku beg dia🙂

    Sekarang, rasa sayang nak wean him off during the day. Dahlah sakit bila terlambat pump. But, I gotta work😦. Nevertheless, I look forward to days that he could be bottlefed (with ebm preferably, yes) by others so that I could proceed with my hobbies i.e having time to myself (like shopping alone :D).

     
  2. Husna Amir

    December 30, 2008 at 7:56 am

    hi kak tuty.
    abg amir jumpa blog akak..
    ni dok xplore la ni..hihihi

     
  3. t.u-ty

    December 30, 2008 at 8:58 am

    aishah, i know. mmg sakit bila BF if crack nipple. i told her maybe salah latching/positioning. cuma bgtau mcm tu je how the correct latching is, tak dpt tgk how she BF. dia rasa dia takde susu, tp bila dia kata sakit sbb engorge, means she has banyak la kan.

    husna: hello welcome. best tak duduk sana. hahahha mcm mana boleh jumpa ni?

     
  4. trisno

    December 30, 2008 at 9:07 am

    Kalau nak kedai yang banyak bukak gi lah AEON Bukit Tinggi…hehee

     
  5. Husna Amir

    December 30, 2008 at 9:31 am

    entah..xtanya lak camne dia leh jumpe..biasa je life kat sini..tension jd student!! hehe

     
  6. nannoor

    December 30, 2008 at 10:24 am

    adam x jalan lagi yek..
    dia nak bagi mama rilex dulu tu.
    dh dpt kaki karang x larat nak control woo..
    sekejapan je dia ada kt tempat lain.

    tapi thank god lah tasneem masih mahu duduk dlm stroller kalau jalan2. slalunye org kata kalau dh dpt kaki xmo duk dlm tu kan..

     
  7. afida

    January 8, 2009 at 1:18 am

    tuty!!! u look soooo slim!! i sgt melebar skrg..huhuhu

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: