RSS

abg adam mengamuk, hal susu, hal menyusu.

06 Feb

adam merengek non-stop dari kul 8 till 10. ok, aku balik lambat. and that is how he would behave when i pick him later than 6.30pm.

nak buat mcm mana.ada kerja. kena conduct meeting utk annual dinner progress.. ehemm ehemm i kan secretary. hmm talkng about the meeting, i really want to blame maxis for their service this evening! hamprassssssss ok. takleh call/msg at all!!! i cannot contact the committee members to come cepat2 to the mtg room (biasa la kan, tak semua org boleh dilepaskan oleh boss masing2 at 5.30), pastu tak dpt nak contact babysitter nak inform balik lmbt, takleh nak call husband to tell him i would call him when the meeting is over.

pastu bila dah start mtg lupa la pulak nak keep on trying contact husband i tu. tup tap kul 7.45 ajek call (at the same time semuaaaaa phone dlm mtg room is ringing!!) hmm ajek tunggu kat carpark dari kul 6.50. i am so understand why he was so mad. i let him finish his ceramah maghrib. it is me to blame lah, sbb i did not try other numbers, i.e home and office.

kena marah free ok. nasib baik ada anak kan. so bila adam balik rumah, semua hilang. hmmm bagus la ada anak! kalau belum ada anak dulu, memanjang la muncungnya. sampai esok ptg pun tak habis merajuk (seriously).

adam pulak buat hal. makcik ni dah la penat + lapar. tak berani la pulak nak mintak daddy adam ni beli food (kes kena marah kan). sambil2 adam merengek ni kluarkan la ayam nan beku. ingat adam nangis kejap. tak. buat susu tak mahu. main tak mahu. main sembunyi2 tak mahu. naik atas salah, kat bawah salah. dukung pun salah, letak bawah lagi la kuat nangis.

serious tak tau nak buat apa. dgn daddy pun adam tak mau main. bg makan tak nak. tp nampak sgt dia mengantuk. i pulled down his pants, mana tau dia panas. dia mmg angin sikit kalau panas nih. tak mau jugak. huaaaaaaaaaaaaa letihnya makcik.

ok la.. kul 8.30 naik atas bukak disney playhouse, baringkan kat bean bag. eh eh, ketawa? wah wah lega. maka dia pun happy la kejap (kejap je) before dia terhantuk kat meja. maka nangis lagi la.

daddy pun join naik atas. try tdokan atas katil. tak mahu. last2 daddy join tdokan adam. hmmm tetiba nak pulak minum susu. mamai2..  leganya rasa masa tu.

ajek was about nak kluar minum to mamak masa tu. so tak kisahla, i can put adam to sleep, tak susah pun. dah mamai pun. sekali tup tup ajek turun je. adam pun nak turun katil. panggil2 daddy.

jeng jeng jeng.. nangis lagi laaaaaaaaaa. lepas 30 min. dukung pelbagai posisi. give up. aku letak je adam atas katil. nak nangis, nangis la.

after a while. dia perasan aku tak layan kut. dia diam. few minutes after tht, dia tdo.

sian dia. dia mcm letih sgt. mata sampai mcm lebam. babysitter pun ada ckp adam asyik mengamuk je skrg. maybe sbb aku tukar susu? i switched from dugr0 to enfagr0w (hahah yes i am bitten with the promotion, 4x DHA :P). belum successfully tukar la.  baru sikit2. try la esok fully on dugr0 semula.

tapi bbsitter pnah gak ckp, toddlers around his age mmg mcm tu. dia takleh nak bgtau what’s on his mind. so i guess sign language is really helpful kalau boleh practise la. lagi satu k.nina pun ckp, adam ni agaknya nak lepas gian sbb tau ada baby.

ermmm adam gian nak bf skrg walaupun kuantiti yg dia dpt amatlah minimum. kesian, bagi jugak. tp aku tau dia tak kenyang, i am pregnant thus i could not produce enough milk for him. estrogen and progestrone level dah berubah, anakku sayang.

talking about bf. aku mcm frust bila dgr new mommies bg alasan ‘susu tak ada’. aku tekankan disini, aku bukan anti-FM ya. cuma pro-BF (walaupun bukan seorang fully BF-er yg successful).

lps baby lahir, mmg letih nak ikut demand susu dia. so curi masa tiap kali dia tdo. no one would label you as pemalas if you sleep whenever your baby does. satu donia tahu menjadi ibu pada minggu2 pertama adalah memenatkan, so enjoy your (short) sleep. baby confirm melekat punya. adam punya record 3 jam! i tak kisah pun. mmg penat la, but its worth every lenguh muscles. baby tgh tolong kita create demand. so bila lepas 2 minggu, dah kurang melekap. lepas 4 minggu kurang lagi sikit. and so forth. apa nak sibuk2 pun 60 hari cuti kan. bukan nak kejar apa2 pun. duduk je la sambil2 tgk tv, baca magazine, bual2 dgn husband, cubit2 pipi baby, urut2 dia. aii heaven-nyehhh. tunggu la, bulan 9 nnt. hahahha (HUAAAA tak dpt mkn ketupat rendang lodeh masa raya)

bergerak dgn botol susu, milk powder, flask.. bukanlah susah, tp additional items kena angkut. plus BF could comfort your baby anytime, especially when he is sick.

to any new mommies/mommies-to-be, if you do not plan to full BF (pumping at work, i mean). try to fully BF for that whole two month. lepas tu boleh la made up your mind sama ada nak continue fully BF or, campur FM masa kerja (but BF when you with your baby).

good luck to me jugak. 2nd baby nak lebih berusaha utk menjadi BF-er yg successful! (kalau tak dtg angin M)

 
4 Comments

Posted by on February 6, 2009 in simply random

 

4 responses to “abg adam mengamuk, hal susu, hal menyusu.

  1. peaceza

    February 7, 2009 at 1:25 pm

    wah, adam nak dapat adik la..congrats tuty n ajek

     
  2. lian

    February 9, 2009 at 8:44 pm

    =) sian kak tuty.. adam dah tau tu die nak dapat adek soon.. so hbs lepas geram b4 he’ll be bi brother! =)

     
  3. aishahmak

    February 10, 2009 at 8:46 am

    I experienced similar problem with Maxis. Lebih banyak zero bar daripada full. And it chose to be so pada masa-masa kritikal.

    As for Khalish and BM, he sometimes refused to drink the BM from bottle at his nursery (and he would gladly take FM). Ada masa, terbalik. Agaknya, sebab perisa BM tu bergantung pada apa yang aku makan ke? Kalau aku makan macam-macam perisa, dia suka. Kalau aku makan simple, dia tutup mulut rapat-rapat every time babysitter suakan botol berisi BM. Haha.

    Anyway, semoga cepat bertemu rentak melayan kerenah Adam (dan paling penting, semoga Adam bertemu rentak terima ahli keluarga baru soon).

     
  4. t.u-ty

    February 10, 2009 at 10:29 pm

    lian,
    hahaha ye la agaknya.

    aishah,
    waaaaaa khalish ni bijak la. dia nak mkn sedap2 je. i know why, sbb kau pun suka pegi mkn sedap2 (like you always write kat blog, makan sedap sana sini. nasib baik dia nak telan FM jugak, kalau tak melalak la.

    hmm rentak adam ni bermusim. ada hari senang je nak jaga. ada hari dia tak mau org buat apa2 selain tgk dia je.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: