RSS

adam supports earth hour..

28 Mar

ohh sape tgk AF.. aku malas nak tgk, tp tgk jugak. bosan laaaaa gila! tlg la jgn letak AC lagi sbg hos. BOSAN. seriously pusing2 sama je intonation dia. idea dia sama je. dah la persembahan bosan, takde selingan yg fun, hos tak menarik.. AF dah hilag taring la. transformasi minggu ke-3 masih samar2. dah tu, org yg bosan gila pun tak terkeluar. hmm aku tau napa, voters from malaysia barat ramai~..

isma tu wife to zul “2 by 2” ke? tadi masa dia nyanyi and jawab soalan, mcm siti nurhaliza. ada gaya la. isma anak dah 5 pun boleh nampak menarik atas pentas. siti belum pape, baru jadi bini datuk k, appearance jadi bosan.

pump baru dah sampai.. haha tapi takleh nak test. apa yg aku nak test?😛 tgk je la. tak sabar nak bersalin.. sbb nak pakai pump baru? hahahhaha tak masuk akal.

dlm gelap2 support earth hour td, sempat la adam main api dgn lilin. celup tgn dlm wax yg cair tu. abis tu ckp jgn tak mau dgr, last2 daddy ckp “biar je”.. and we did. tak nangis pun. tak serik pun. seronok dia berjalan sana sini dalam gelap. dia tak berapa heran dgn lilin tu, mcm dah biasa je. aku rasa dulu masa aku kecik2, seronok betul kalau blackout (provided kalau homework dah siap la).. sbb boleh main bayang2. pastu main lilin yg lembik2 tu, bentukkan jadi apa2 bentuk la yg mampu. biasanya tak de rupa pape pun. hehhe

bergelap mcm earth hour, mcm dah biasa je. sbb mlm mmg aku tutup lampu (sbb nak suh adam tdo). hahahha so takde la terasa kegelapannya. td tgk rumah jiran2 pun gelap. yg aku paham pasal earth hour ni, bukan tutup lampu completely, tp msg yg disampaikan oleh media adalah duduk bergelap jgn bukak satu lampu pun. kalau nak dikirakan, dari tutup lampu, baik tutup aircond pastu pakai kipas, lagi byk tenaga boleh dijimatkan. setakat lampu, alaaa berapa sen sgt la.

yg aku paham pasal earth hour punya mission mcm tu la, jimatkan tenaga yg tak digunakan. pakai mana yg perlu sahaja. so kalau selalunya sana sini buka lampu, tinggalkan satu je. kalau selama ni microwave/tv tinggal dlm standby mode, off-kan je terus. tak guna tutup lampu (sahaja) tapi komputer masih on download movie. hahahha.. tadi pun aku masih masak air, sbb kalau aku tak masak air, aku akan berperang dgn adam yg dah mengantuk nak tdo.

aku kena ketumbit. mak aku kata masa aku kecik2 dulu pnah la kena. so spnjg tempoh yg aku dah ‘ingat’.. aku tak pnah kena. hahaha sakitttttt rupanya. gatal gila. mata duk berair je. ajek plak cedera di lutut. hahaha kulit tersagat kat parit. wheee~ nampak putih2. pastu ajek ni kalau sakit mmg drama.. sama la kalau demam pun.. dia punya menagih simpati aduhai~

aku rasa nak sebat budak2 yg main motor kecik dpn umah tadi. mcm nak kluar rumah, thn sorang. tanya nama mak, duk mana, skolah mana, apa naka guru besar (mak aku cikgu besor, so dia selalu buat trick ni kat budak2 kecik yg nakal – it works!).. tp kalau aku nak kluar, aku kena tukar outfit, aku sabar je la. cuba diorg preng preng dpn umah sendri, mau tak kena piat telinga!

 
2 Comments

Posted by on March 28, 2009 in simply random

 

2 responses to “adam supports earth hour..

  1. mrs noba

    March 29, 2009 at 6:36 am

    pump baru dah sampai? weeeeeeeeeeee….best best!

    yikes! ketumbit…tak best😦

     
  2. t.u-ty

    March 30, 2009 at 10:15 pm

    aah dah sampai dah.. tapi tak buat pape pun lagik. haha kena study nih before bersalin. kang tetiba nak pump baru nak baca manual. hehehhe

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: