RSS

pucuk pauh delima batu

30 May

makin hari makin slow nak update blog. mungkin sbb aku takde akses yg panjang, so masa yg ada cuma di-utilise utk perkara2 yang perlu je. oh aku bukan lagi yg bangun malam cuci baju, cuci botol, kemas dapur tu. sbb skrg aku tidur tegak 8-9 jam. terima kasih kepada adam yg sangat lena semasa tidur, alhamdulillah dia tak lagi semput waktu mlm. kadang2 ada la, tp bukan selalu mcm dulu.

selesa betul mengandung kali ni, aku tak sakit pinggang. ingat lagi masa kandungan pertama dulu, kalau nak baring mesti ada sekurang-kurangnya 5 bantal; 2 di kepala, 1 bwh bdn, 1 bwh pinggang, 1 bwh lutut. akhirnya aizec dpt cuma 2 bantal nipis, yg gebu2 semua ibu mengandung ini punya. kalau balik kampung punyalah bermasalah.. mana nak angkut semua bantal?

dulu mcm2 nak mkn. kali ni, “yang, awak nk mkn apa? saya tak kisah. saya tak mkn pun takpe” hahahha.. dlm tak mkn tu pun naik sekilo dah. ok lah tu.. maksudnya baby membesar, alhamdulillah. it was funny when i hopped on the weighing scale today, and i was terkejut “eh beratnya?”.. then my friend reminded me, “betul la tu, kan ada 2 org”. hahahhaha

i keep reading the old pa&ma magazines, nak cari apa2 info yg mungkin aku lupa tentang newborn. aku masih rujuk buku “what to expect when you are expecting”. nnt lepas baby lahir baca “what to expect for the first year” pulak. aku bukan mengabaikan terus nasihat dan pesan org tua, tapi ada perkara yg aku perlukan fakta. aku mmg perlukan fakta. aku ingat lagi masa kecik, makcik aku tanya.

“tuty, kalau ayah dgn mama panggil serentak, tuty pergi kat sapa dulu?”
“ayah”, sbb ayah garang gila ok.
“tuty kena pegi kat mama dulu”
“kenapa?” aku tak puas hati
“sbb nabi suruh”
“ye la, tapi kenapa?”
“sbb nabi suruh la”

makcik aku sampai marah sbb aku tanya berulang kali lepas tu.

“ikut je la”

oh perlu diingatkan mungkin makcik dlm kepala aku ni, org gaji aku. aku tak ingat siapa sbnrnya, tp situasi tu mmg terjadi. terjadilah muncung mulut pada hari itu.

minggu lepas, tarikh 22 mei aku dah menjadi seorang ibu yg berusia 28 thn. lepas umur 25thn, aku dah tak kisah dgn umur meningkat. aku tak faham kenapa maria farida sangat sensitif dgn umurnya. dia kata pada wartawan, “dont ask a lady about her age”. apsal plak? mungkin bila aku berusia sepertinya, aku jadi sensitif jugak.

birthday tahun ni, pada hari jumaat. bertubi2 msg masuk dlm henfon. tiap kali tu aku perlu menjawab, “terima kasih. sape nih eh, sori phone hilang dgn semua contacts”.. kadang2 aku tak sempat nak type panjang. aku tulis “thank you” je. so kat sesapa yg aku tak reply tu sorry, masa tu tgh menekan kepala ‘nombor sape lah ni?”

aizec bawak jalan2 hari sabtu. mula2 mcm dah hangin jugaklah, apa ni takde org ingat ke? hahahahha sape kata dia tak ingat kan. haruslah dia ingat. kalau tidak, mkn hati berulam jantung la ibu mengandung ni. hahahha.. kami pergi makan2 hingga kekenyangan ke manhattan fish market, cuci2 mata mencari handbag, satu dikebas. jalan2 lagi ada sale di bosy shop, tp sempit. malas nak masuk. jalan2 lagi sampai kedai sony ericsson. yay! aizec belikan handphone utk birthday girl. sangat happy dgn phone baru. aku suka sgt. terima kasih sayang!! saya janji telefon ini tak hilang lagi!

ptg tu balik rumah parents, celebrate bday mama and fathin sekali. kami tri di bulan mei, semua selang sehari. 22, 24, 26. jadinya kek beli sebiji saje, tapi ayah belikan jugak kek lagi. adam paling suka mlm tu. dia marah betul kitorg tiup lilin. dia marah jugak tiup tak padam2. nak upload gambar, tapi sbb dlm rumah semua org kepala togel.

aku rancang untuk berpantang dirumah sahaja kali ini. tp aku perlukan pembantu sekurang2nya utk 2 minggu pertama. siapa aku nak hire? pening kepala. itu bukan musim cuti sem pelajar universiti. kalau tak, 2 org adik aku boleh diimport ke pasir gudang. aku perlukan org layan adam dan juga tlg masak (dan juga laundry~)..

aku ada baca, nabi galakkan ibu mengandung utk minum jus delima. betul ke? ada dlm pa&ma. aku tak terbaca sblm ni. ini utk menguatkan sistem imun bayi dlm kandungan. bayi akan lebih ‘kebal’ dari penyakit setelah dilahirkan nnt. mana nak dpt jus delima? buah delima aku cari masa mengandung adam tak jumpa2.

err aku ada baju bersih 3 bakul. aku benci melipat baju.

 
4 Comments

Posted by on May 30, 2009 in simply random

 

4 responses to “pucuk pauh delima batu

  1. LIAN

    May 30, 2009 at 10:16 am

    hye kak tuty.. hope u are fine.. tgk count down cam cepat je ms passed by =)“betul la tu, kan ada 2 org”. -> expected twins ke?

     
    • t.u-ty

      May 30, 2009 at 9:07 pm

      lian,
      2 org = baby + the mom. hehehe

       
  2. LIAN

    May 30, 2009 at 11:51 pm

    hehehe ok got it kak tuty.igt kn ade twins ke best gak kak tuty hehe

     
    • t.u-ty

      May 31, 2009 at 1:30 pm

      itu pucuk dicita ulam mendatang namanya!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: