RSS

the blog is neglected

14 Aug

sejak ada anak, aku dah malas nak update blog. huhu abis dah semua org dah tak nak baca blog i.. dahtu sejak ada facebook, lagi malas nak update. bukannya aku ada ramai sgt follower kan? but then, ini la yg aku bole treasure nnt masa tua. masa adam dah kawin ada anak, aku tak tau nak buat apa kat rumah. hahah

hari ni dah hari keempat puasa. kalau thn lepas, aku dah duduk best2 kat regency hotel hospital. best duduk kat situ. hahha rilekk je. takyah lipat kain, takyah masak. kejap2 nurse dtg buat CTG, kejap2 dtg check glucose (sbb aku diebetic), kejap2 dtg nak injek (huaa ini sakit~).. dah tu ada astro, ada aircond, food supply yg byk (ye lah, tak puasa. kalau puasa camne nak check VE). tp sorang2 la. ajek keje, adam ditinggalkan kat rumah kak nina (ohh first time tinggal anak, demi mendapat anak lain. hahah)

dah dekat dah birthday aidan. aidan la tak byk update dlm blog ni. aidan pun tak berapa byk gambar compared to adam. aidan pun mmg takde lagi kluar purpossely nak amik gambar. almaklumla kami ni mmg jarang gi holiday. dah keje sendiri does not mean we have our own sweet time to go holiday, that is one of the point yg aku dah ambil kira sblm berenti keje dulu.

blog ni start masa aku nak practical kat gerbang dlu. hmmmm 2004 ke? lama.. kalau aku tulis blog betul2, aku dah jadi dah blogger. kerjaya aku adalah blogger. hahaha tapi aku bukan seorang yg konsisten, dan isi blog pun tak memberi kesan kat sesapa. setakat baca sendiri dgn luahan perasaan.

dah jadi wife org, takleh la nak luah perasaan suka hati. maruah keluarga kena jaga. kes gaduh laki bini ni, simpan sendiri dlm rumah. kadang2 kalau geram sgt gigit je.gigit la apa2. hahaha it took more than love to build a home. sape dah kawin, paham la.. kalau belum kawin, setakat tgk/dgr, mmg tak paham.mungkin akan rasa mcm paham, tp sbnrnya, mmg tak paham🙂

and marriage is not sweet everyday. there’ll be a day or two yg sgt sour. but the sweetness tastes better after the sour episode. ahah🙂

i might say that my marriage is not perfect, who does, anyway? tapi aku mesti rasa berterima kasih sbb baca entry one of the blogger on the world wide web, yg menyedarkan aku, posisi aku dlm islam, sebagai isteri, sebagai ibu. waahh air mata insaf disitu. aku rasa Allah beri rahmat, beri hidayah pada aku. one simple advise from a friend, and an blog entry yg mcm dedicated to me. kau mcm kena ketuk kepala sendiri.

background agama yg ada tapi kalau disimpan, tak jadi apa. sampai seru baru sampai dalam hati. mcm tu la jd kat aku. aku tau hukum dan tanggungjawab, tak perlu ajar. aku boleh terangkan. tapi terkesan ke dlm hati aku? kena tembak baru tau.🙂

hey, aku kena gi opis. byk pulak bercakap disini. ye keje hari sabtu. smlm kena marah dgn aizec keje tak siap. dia pun satu tak ckp awal2 nak submit smlm. sudahnye dlm kereta baru nak tanya. ok la aku salah, but dia pun salah gak. masa kemas nak balik tu kan boleh ckp! Ppfffttt~

hasilnya, satu ptg yg sangat masam. nasib baik ada anak2. kluar la jugak suara aku. kalau tak, malas nak bertegur dgn org bermuka tegang. *peace*

 
Leave a comment

Posted by on August 14, 2010 in simply random

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: