RSS

Adam went to work

04 Nov

“kenapa mama pakai tudung?”, marah betul Adam bila nampak aku pakai tudung, dia bangun awal dari biasa. Kebiasaan dia bangun jam 10, pagi tadi entah, semalam tidur awal agaknya.

“Mama nak pergi kerja la, Adam dengan adik jom gi rumah Ma Nina.” Mama Nina adalah mama kedua anak2 aku, tp BUKAN bini kedua Ajek.

“Adam nak ikut mama?”..

Aku diam. Malas nak jawab. Sebab jawapan aku mestilah tak boleh. Adam dah mula merengek. Kalau tak dilayan ni confirm aku sampai kerja pukul 10. Dia siap2 sendir pergi bilik air, buang air.

“Nanti Adam yak car mama marah” – Nanti kalau Adam buang air besar dalam kereta, mama marah.

“Adam nak ikut mama ke?”, dia angguk.

“Adam nnt nangis tak?”
“Tak, Adam dah besar. Adam tak nangis. Adik nangis sebab Adik baby. Adik encik”.. Sebutan encik tu adalah mcm kecik. Mmg la encik=kecik.

“Ok, jom cepat siap mandi tukar baju”.. Dia patuh. Muka dah happy. Dah mula nyanyi2.

Perjalanke office dlm kereta dgn Adam, mcm aku drive dgn mak aku je.

“Mama, jgn bawak aju-aju. Bawak yow-yow”, (bawak slow-slow).

Singgah sarapan baru la ke office. Dekat dgn office ada carwash.

“kenapa dia basuh car, mama?”
“sebab tadi ada cat biyak” (kucing berak).. hahahahah senang je kan aku ckp.

Dia naik office cepat2. Nak lumba sapa sampai dulu.

Buka pintu office, dia dgn muka sangat hampa cakap, “eh mana daddy??”

Lailahaillallah.. dia cari daddy sampai office rupanya. (Ajek ke KL sejak mlm Isnin). Kesian betul.

“Laaa Adam cari daddy ke? Daddy kerja kat KL.. Malam ni daddy balik”. Mungkin dia relate dgn explaination aku bila dia tanya mana daddy, aku jawab daddy pergi kerja.

Sedih! Sedih!

Adam buat kerja office la. Kutip kertas, koyak kertas, amik highlighter conteng2, crayon dia tak layan sbb dah jemu agaknya. Jumpa stamp pad, dia main. Jumpa gunting, aku bagi main sbb takde Aidan. Aku print spongebob, bagi dia warna. Penuh aktiviti. Tengahari dia rehat. Tidur lena depan TV. Susu berkali2 minum.

Pukul 2 lebih dah ajak balik rumah. Aku kena la layan dia kejap sbb dia dah mula bosan. Sian. Lunch pun tapau sarapan pagi tadi. Pilihan lunch susah sikit kat situ. So aku tapau je la utk dia.

Kul 4 dah tak senang duduk. Main lari2, sorok2. Nasib baik ada iPhone. Thank you la sape yg genius cipta iPhone ni. At least buat Adam duduk leka utk sejam sebelum balik. Dah dekat nak balik aku ajak kemas2 barang.

Dia tunjuk kat carwash lagi, “mama, org tu basuh car sbb td ada cat biyak”.. hehehhe

“Mama, Adam nak gi nko”
“nak pergi Tesco ke Jusco?”
“gi nko”

dia tak sure mana satu dia nak pergi. Tapi kalau pergi Tesco mmg tak byk pilihan nak makan, Adam dah lapar. Haruslah aku pun sama lapar.

Tesco dgn Jusco sebelah2 je. Dari jauh dia tunjuk, ke Jusco.

“Mama, tak nak gi nko yg ni, nak pegi nko yg ni” hahahhaha

Spent a qood time with him today. Makan sama, masuk fitting room yg ada perempuan gemuk sama. Perempuan dlm cermin fitting room tu betul la gemuk. Aku seram.

Amazingly, he makes me relax a bit today. He makes me laugh. He washed away my panas baran (yg singgah sejak akhir-akhir ni). Thank you Adam. Mama loves you so much. So little boy, with his pelat-ness, make a fat lady happy. Takde marah pun hari ni. I love you to the mooonn.

Balik dah dekat maghrib. Teruk betul kalau mak anak beranak gi jalan takde daddy.

“Mama, nnt Adam nak gi Jako lagi bila daddy balik”..nko sudah ada improvement jadi Jako. ok lah tu.

Everything is daddy. Adam misses him so much!

Before tdo, dia tanya lagi, “mama, daddy tak balik lagi?”
“Adam tdo dulu, nnt esok bangun ada daddy”.. dia angguk.

 
4 Comments

Posted by on November 4, 2010 in simply random

 

4 responses to “Adam went to work

  1. BELOVED SIL

    November 5, 2010 at 10:06 pm

    owhhhh~~~comellllnyer budak nnko ni….hahhahah~

     
    • t.u-ty

      November 8, 2010 at 2:20 pm

      dia petah sgt skrg. seronok cakap dgn dia

       
  2. Chech

    November 7, 2010 at 8:19 am

    Tuty, bila buat something as candid as you did, memang hari yang serabut tiba-tiba jadi ‘ah, relaxing’. Aku pernah bawak Khalish keluar ke Alamanda berdua je. Kesian dia terperap kat rumah. Nak main luar, hari panas sangat. Aku pesan kat dia ‘just enjoy the day’. Dia dengar. Tak sangka seronok bawa dia window shopping. Haha.

    Adam comellah bila dia pesan kat kau ‘bawak yow-yow’. And, I smiled broadly each time you wrote his dialogues. Another favourite: ‘tak nak gi nko yang ni, nak pegi nko yang ni’😀

     
    • t.u-ty

      November 8, 2010 at 2:22 pm

      Tu la kan. Tak sangka sangat. hehe kalau setakat jalan berdua dgn Adam, aku dah selalu since he was 6mo young.😀 entah la tp aku suka berjalan dgn dia. Kesian Aidan, dia belum pernah keluar berdua je dgn aku.😛 Nnt la kut tunggu Adam sekolah. hehe

      TAPI aku tak pernah bertiga sahaja!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: