RSS

Daily Archives: April 1, 2006

back to the basic

aku kira aku perlu cari masa untuk membaca. aku selak semua halaman yg lepas ketika aku rajin membaca kerana mencari ketenangan diri tatkala gagal melangsaikan projek tahun akhir, aku menulis dgn jelas dan terang. aku selak halaman ketika aku menulis tatkala aku berfikiran kosong, hampas. kalau cikgu nawi atau miss kang baca tulisan aku tatkala ini, pasti dia suruh aku duduk bawah tiang bola jaring, atau dia baling buku tulis aku dari kelas terus ke padang.

alangkah garangnya cikgu berdua itu. cikgu nawi itu seorang yg agak rasis. kadang-kala nampak jugak sikap seksis. mengajar dlm sekolah yg semua pelajarnya perempuan, dia punya kuasa hebat utk mengatakan dia adalah dari kaum yg disegani. dia tak segan-segan beritahu dia mandi dgn isterinya setelah mendengar tazkirah dari dr fadzilah kamsah. dan dia memberi komen perkara itu berjaya mengintimkan mereka. kami lihat sama sendiri dan pandang ke bawah. nasib baik dia tak beri komen lebih panjang dari itu. walaupun aku tak suka cikgu nawi ni, tp seingat aku dia yg beri aku satu laluan bahawa bahasa itu indah. sukar belajar bahasa dgn cikgu ini kerana tulisannya sangat tidak boleh dibaca. jadi, aku gunakan kekuatan minda utk mengingati apa yg dikatakan sepanjang 80 minit masa mengajar.

cikgu nawi pernah suruh aku berdiri atas kerusi utk satu sesi kelas sebab aku tak boleh menguasai hukum hukum bahasa. aku tak boleh mengulas utk satu artikel pendek utk ujian bulanan, apa yg tersirat dan tersurat. senang cerita, aku punya markah paling rendah dlm kelas. cuma dapat 78% utk kertas bahasa melayu pmr.

sejak itu aku kerja kuat utk kertas bahasa melayu sampai spm. kertas aku punya markah tinggi.

tadi aku cuma nak tulis sebaris je.

 
13 Comments

Posted by on April 1, 2006 in simply random